Followers

My Life

Monday, April 25, 2011

Ikon

kalau ckp tentang ikon,mesti berderet2 nama artis keluar dari mulut korg kan....bkn korg aje..aku pun mcm tu jgk.lepas menonton program Halaqah Sentuhan Qalbu tu,baru lah tersedar bahawa ikon2 yg kita banggakan tu,sebenarnya agak membuang masa. kesedaran yg ditunjukkan dlm HSQ tu,adalah tentang zaman sekarang yg makin lupa dan aku rasa mmg ramai yg terlupa utk menjadikan Nabi Muhammad S.A.W kita tu,sebagai ikon kita..

bahawasanya, aku rasa ramai yg masih mengangkat artis2 atau tokoh2 di negara kita atau di luar negara sebagai ikon mereka..kadang2 bila difikirkan balik, kita telalu obses dgn artis2 yg bkn lah kita kenal dan hidup di zaman kita.sedangkan artis2 tersebut ada yg telah meninggal dunia.kita memuji mereka secara berlebihan walaupun kita tidak tahu apa kejahatan yg ada pada diri ikon yg kita agung2kan tersebut.kita sendiri tidak tahu kebaikan apa yg ikon kita buat sehingga kita buta sehingga tidak memilih Nabi Muhammad S.A.W kita ini sebagai ikon yg utama dlm diri kita...bukankah Nabi Muhammad S.A.W adalah sememangnya insan yg terpuji berbanding dgn artis,pemain bola sepak atau tokoh yg kita bangga2kan itu?? HSQ tu bkn ingin menidakkan kebolehan ikon2 yg hebat yg kita suka itu,tetapi hanya ingin mengingatkan kita bahawa umat akhir zaman ini,semakin lupa pada Nabi Muhammad S.A.W. program tersebut mmg baik pun utk semua.utk kesedaran semua..

tidak salah kalau kita minat pada artis atau siapa2 yg kita anggap beliau sebagai inspirasi dlm hidup kita.tp jgn lah kita lupa bahawa,ada lagi ikon yg lagi hebat dr mereka2 yg kita suka itu.kira aku ni x lupa diri jgk lah.sb meletakkan password IBM kat ofis aku tu, Nabi Muhammad S.A.W sebagai ikon aku.aku buat password tu,sebelum aku tonton rancangan ni k....Alhamdulillah ,syukur dan tahniah pada diri aku sendiri, kerana sedar bahawa Nabi Muhammad lah yg sepatutnya menjadi ikon yg utama pd diri kita ni..semua sifat2 terpuji Nabi Muhammad S.A.W dah termaktup dalam Al-quran dan Hadis.org tdk boleh menyangkalkannya..betul x???



jemputan ceramah dr pakar motivasi ESQ ni, mmg best.mmg membuatkan air mata aku dan juga penonton lain menangis..huhuhu...tau x ape ESQ tu? ESQ ni ialah satu pertubuhan program motivasi. kalau nak menyertai ESQ ni, mmg elok.cuma mahal skit la...rm 1000++ jgk lah bayaran dia..akak aku dah pernah pegi...ramai org2 kaya2 la yg pegi ESQ ni.mak2 datin dan pak2 datuk pun ada yg sertai ESQ ni...klu nk sertai program yg boleh merubah diri kepada positif, apa salahnya kan....hidup ni,kena berubah.bkn nak duduk dlm kelompok org2 yg rugi dan negatif kan! hidup bknnya utk membuat maksiat...urm???klu terlalu byk maksiat dlm diri kita ni, itu lah jadinya hidup x pernah cukup dan bersyukur dgn apa yg ada. lepas tu ,hidup pun jadi x berkat.hati jadi busuk.x boleh tgk org bahagia dan lebih dari kita. itu semua disebabkan maksiat yg terlalu byk dlm diri la kan...Na'uzubillah....siapa yg makan cili,akan rasa lah pedas nya.tepuk dada,tanya iman.kepada semua, renung2kan lah.... ;D

Saturday, April 23, 2011

Fuh lega!!

Alhamdulillah,satu paper dah abis dah....subjek pengiraan plak tuh!haish! pagi td exam statistik dan ianya adalah first paper plak tu...mmg agak mendebarkan jantung aku bila ada subjek pengiraan ni.. klu x tau fomula nk pakai yg mana,mmg masak lah nak menjawab soalan2 yg kat depan mata tu...tp syukur Alhamdulillah,berkat usaha study hard aku tu, boleh la jwp kan....dgn membawa perot yg memboyot ni lagi...huhuhu..x per,baby dlm perut ni pun study sama2... ;)

aku dr dulu x suka subjek yg membaca ni.membaca akan membuatkan aku mengantuk!haish!klu subjek kira2 ni,otak akan berjalan dgn cekap.dan x mengantuk lansung!huhuhu..sedar diri lah,kelemahan aku mmg membaca.lepas ni paper akaun dan law saja yg tinggal.akaun pun kira2 jgk.tp law....??aduhai...kena bacalah kan!tp subjek yg membaca ni kira ok la...kasi goreng je ayat2 tu...huhuhuhu...tp law ni mmg susah skit.kena ingat section2 tu semua...erm,boleh ke x nk ingat tu??huhuhu..klu baca insyaallah bole ingat punyer...hihihihihi..

ape2 pun,lagi 2 minggu aku je nak abis exam ni.pasni bole enjoy gila2!nk jumpa BFF dan merewang2 dgn mereka smua.yahoooo...!!!!;D


Jambu best!

hehehhee...setiap malam jumaat pukul 10 mlm,rancangan yg dinantikan ialah maharaja lawak lah! peberet aku ialah jambu,jozan n sepah. nabil??ok la... yg lain2 tu pun,ok2 je la....tp mmg jambu the best lah!
dari minggu pertama mmg kumpulan ni menambat hati aku.huhuhu..jozan tu mmg aku minat lama dah..tp kdg2 aku tgk, jambu tu lagi best dr jozan.lawak si sepah tu pun menggelikan hati. malam td,alex dh terkeluar...


agak bengang bila tahu maharaja lawak ni akan ditayangakn di astro warna sahaja.sb klu nk tgk,mmg kena langgan lah astro warna ni.sebelum ni mmg aku n hubby tgk raja lawak n MH ni kat prima je...tp mmg astro ni nak mengambil keuntungan yg secara berlebihan sebenarnya.ye la..klu nk tgk gak MH tu,kena langgan astro warna..aku mula2 agak malas lah ni langgan..tp nasib baik ada hubby yg sporting kan,dan dia lah yg melanggan astro warna tu!hehehhee..thanx syg. kerana sgt memahami bahawa aku mmg suka rancangan lawak ni.hehhehehehe.. ;p lagipun,hubby pun mmg suka jgk.daripada layan AF yg x best tu.baik layan MH yg bole membuatkan kita ketawa..huhuhu..tp jgn lah lebih2an... Imam muda pun kami layan jgk k... ;)


 

Friday, April 15, 2011

pertemuan mesti ada perpisahan..

sgt sedih sb ari ni pepisahan dgn dua org kwn ofis...kak sue dpt transfer pj dan lagi sorg bdk praktikal..
kak sue yg telah berkhidmat selama 3 thn tu terpaksa mengucapkan selamat tggl kerana permohonannya utk pertukaran di luluskan..dah lebih 2 thn dia menunggu utk blk semula di ofis pj...skg ni rezeki dia la...syukur kak sue... ;D tp yg menyirapnya,2 , 3 hari sebelum berakhirnya hari ini,dia sgt gembira je bila dtg opis.yg x tahannya,dia pagi td dia boleh je sampai awl kat opis tu!haish! klu x,die lah org yg paling lambat smpai opis.huhuhu
lepas ni ,x dpt la aku dgr celoteh2 dia dan kebebelan dia tu lagi..dah x nampak lg org yg hampir tiap2 pagi berlari2 anak mengejar punch clock dr berbunyi.biasa lah..kak sue ni dok jauh...huh!dah x nampak semua tu lagi!! ;( x per la kak sue...semoga akak sentiasa hepi...


lagi sorang ialah adik haryani....bdk praktikal dari uitm...ambil kos finance x silap aku..aku suka dgn bdk ni,sb dia ni mmg jenis bersungguh2 bila wat kerja dan jujur org nya...sejuk perut mak dia mengandungkan dia...baik je si haryani ni...tp mmg kejap je masa berlalu.katanya, " dari perut akak x nampak,sekarang ni dah besar dah perut akak..." =) 
lepas ni x der sape nak belikan akak makanan tiap2 pagi...sob.sob.selalu pagi2,aku akan suruh adik haryani ni belikan aku roti canai..skg ni,nak suh sape lg kan....huhuhuhu...so,aku pun belikan dia hadiah..utk kenang2an dia...terima kasih yer dik.semoga berjaya di luar sana.yg penting,dpt keje best2 k! ;D


harus bersabar kak...

hari ni kat opis,pagi-pagi lagi aku dah tgk muka sorg kakak kat opis ni masam jer...mula2 tu takut nk tegur..tp masa time break tghri tu,aku pun tegur la dia...aku tnya lah kenapa masam je dari pagi...pastu dia pun mula bercerita...

katanya,dia sedih sb ternampak gambar anak perempuan dia kat dlm fesbuk yg sedang berpelukkan dgn seorg lelaki di dlm swimming pool.gambar yg dia tgk tu dr fesbuk anak dia yg lagi sorg...dia sedih sb x sangka anak dia boleh peluk2kan dgn lelaki yg bkn muhrim dan kat dalam air pulak tu...tudung dah terbang ke mana.aku hanya mendgr saja luahan hati dia ...katanya lagi, x sangka anak dia yg bertudung tu,boleh menunjukkan perangai yg x baik.dari cerita akak tu lagi,mmg anak dia ckp nak pergi bercuti dgn kwn2 dia..tp x tau pulak,ada lelaki yg ikut.

so,bila nampak gambar2 tu,akak tu rasa nak marah sgt.cuma dia x tahu,di mana kesalahan didikkan dia terhadap anaknya itu...dia sgt malu,takut2 nnti ada yg kata dia tdk pandai menjaga anak.
aku pun x tau nak kata ape...aku cuma kata,biasalah bdk2 skg ni...dh x tau mana dosa dan mana pahala..byk2kan berdoa utk anak akak tu...doa seorg ibu ni mmg mujarab.yg penting kena sabar.aku pun x dpt bygkan sgt gambar 'peluk dlm swimming pool' tu....haish!entah lah.dah x reti malu bdk2 skg ni.Na'uzubillah...

apa yg perlu kita amik perhatian kat sini,fesbuk tu ada baik,dan ada buruk.klu x nak org lain nmpak sikap kita yg keterlaluan ni,jgn lah letak gambar2 yg boleh menimbulkan fitnah dr org sekeliling.padahnya,jadi mcm ni la.kesian mak bapa kita.x kan nk tutup mata kuncikan mulut je bila tgk gambar anak sendiri berpelukkan dgn lelaki yg bkn muhrim.

utk renungan :-

untuk adam..
andai mahu mencari hawa..

  •  jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.. 

  •  jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

  •  jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..

  • jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

  • jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

  • jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

Tuesday, April 12, 2011

kalau anda terfikir utk lakukan MAKSIAT!


Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual. Lantaran itu hasil kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :

  •         azab api neraka,
  •       azab kubur,
  •      mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
  •    kejauhan dari rahmat Allah swt serta
  •       tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w 
  •       dan lain-lainnya. 


Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-
  • penceraian akan berlaku akibatnya,
  • pasangan zina mengandung,
  • bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
  • mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
  • apa akan jadi kepada anak-anak ?,
  • kejian masyarakat,
  • ditangkap basah dan diumum di media,
  • adik beradik mengeji,
  • akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati,
  • dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat,
  • mati ketika zina dan khalwat dilakukan,
  • dan banyak lagi boleh disenaraikan.
  Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.


KAWALAN

Panduan Kawalan nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-
  • Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
  • Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika khalayak ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
  • Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
  • Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
  • Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya.
  • Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseorangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.
    Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
  • Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.
  • Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
  • Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
  • Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarang, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.
  • Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan
  • Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
  • Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.
  • Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.
  • Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InsyaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingatkan kebesaran Allah.
  • Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-



    وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

    Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )
  • Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.
  • Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. Ibarat mutasi virus yang lebih berbahaya kepada kesihatan.
  • Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
Segera beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.


  1. وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِي

    Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)


 *renung-renungkan..jgn jadi di kalangan org yg berbuat maksiat ye!

kawan


Imam Al-Ghazali berkata  
 ' Kawan dibahagikan kepada 3 ' 


1) KAWAN YANG PERTAMA  

Kawan yang  ADA ILMU, bila KITA BERKAWAN dengan DIA, DIA SENTIASA bagi ILMU & NASIHAT AGAMA kepada KITA.
IMAM AL-GHAZALI kata JANGAN LEPAS KAWAN SEPERTI INI. BERKAWANLAH kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

2) KAWAN YANG KEDUA
 
Dia tak ada ILMU, TAPI kita ada ILMU & DIA terima ILMU & NASIHAT AGAMA yang kita sampaikan kepada dia.
IMAM AL-GHAZALI kata JANGAN lepaskan KAWAN INI. BERKAWANLAH kerana dengan kita SAMPAIKAN ILMU & NASIHAT kepada dia,dia dapat laksana perintah ALLAH SWT.
  
3) KAWAN YANG KETIGA
 
Dia tak ada  ILMU, KITA ada ILMU tetapi BILA KITA BAGI LIMU & NASIHAT kepada  dia,dia TAK TERIMA & macam-macam bagi ALASAN iaitu DIA REJEK ILMU & NASIHAT yang kita bagi.
IMAM AL-GHAZALI  kata JANGAN KAWAN dengan ORANG macam ni KERANA TIADA BAGI MAAFAAT kepada kita & dia. DAn TAKUT-TAKUT kita TERIKUT CARA & TINGKAHLAKU dia yang bawa kepada KEMAKSIATAN kepada ALLAH S.W.T. 

 Nabi SAW bersabda : 

' Seseorang itu akan ikut siapa yang dia berkawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikkan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu.'

Endometriosis




pernah dgr x penyakit endometriosis??penyakit senggugut yg teruk..aku adalah salah seorg pengidap penyakit cyst ni..aku start dpt tahu yg aku ada cyst dlm perut masa tahun 2007.aku klu dtg period je,mmg sakit giler.sampai kena ambil ubat thn sakit.aku start sengugut masa sekolah lagi.aku pun pelik.kenapa antara kwn2 aku,aku yg paling seksa bila dtg period.

satu hari tu,aku mmg mcm nak pengsan je bila period dtg.bila pergi jumpa doktor,doktor kata x ada apa2..senggugut biasa je...erm,aku pun pelik.sampai satu hari aku mmg menangis2 dok tahan sakit kat klinik pusrawi jln ipoh tu.aku pun kena jumpa pakar.Dr salleh nama doktor tu..bila scan2 je.perut aku disahkan ada cyst...masa tu akak aku yg teman.so,akak aku yg tanyakan kat doktor tu,apa solutionnya doktor?doc kata kena operate...erm,akak aku pun x setuju...dia kata leh cari jln lain...aku pun dgr je la kata akak aku tu...akak aku kata,nnti perut berparut.x cantik..hahahaa...bkn major operation pun..minor je...tu pun takut sgt.apa la akak aku ni..huhuhuhu..

pastu lepas sebulan2 aku period,pun sama gak..sakit mcm biasa lah.mcm mana tah satu hari tu aku nk kena admitted kat hospital,kebetulan pusrawi penuh plak masa tu,aku pun pergi ke tawakal...dgn kuasa Allah,jumpa doc siti ni...mmg bagus lah doc ni..dia bg aku cara lain selain operate..Alhamdulillah aku menjalani treatment dgn dia selama 2 thn,sehingga sekarang la...dia monitor aku masa kau bujang sampai lah aku kahwin...masa aku kawin tu pun dia dtg tau!baik giler la doc tu... ;)
yg peliknya,ramai yg ckp jika ada cyst,mmg x bole mengandung..aku tnya la pd doc siti tu,dia x kata apa2 pun...dia kata insyaallah...semuanya rezeki dr Allah...sampai satu masa tu,aku pun disahkan mengandung!Alhamdulillah...sb ada kwn aku kat opis tu,dh 2 thn kawin,dan dia ada cyst jgk,tp rezeki utk mengandung blom ada lg...mmg aku agak risau jgk bila kawin nnti x leh nak mengandung..tp Allah tu limpahkan rezeki pd aku dan husband...

dan doc siti pun ada nasihat aku.klu dah ada jodoh,kawinlah cpt2..sb klu dh berumur nnti lagi payah nak melekat..perempuan ni bila nak mencecah 30 thn mmg susah skit nak mengandung.tp semua tu rezeki dr Allah..

tp aku sgt bersyukur kepada Allah s.w.t..kerana dgn apa yg diperkatakan oleh org ramai,bila sengugut je,x boleh pregnant tu,mmg salah.sb semua ketentuan adalah dari Allah..mereka2 tu bkn tuhan nak mengatakan itu dan ini.yg penting kita berserah dan byk berdoa pd Allah..

*Alhamdulillah,husband menerima aku seadanya wlupun dia tahu yg kemungkinan utk aku tdk boleh mengandung adalah tggi,dan kini,syukur pd Allah,kerana dlm kandungan aku ini adalah anak dr benihnya...Alhamdulillah Ya Allah... ;)

Monday, April 11, 2011

baru tahulah!

hari sabtu lepas aku ada kelas subjek law.so,tinggal 2 sub topik je yg nak habis utk subjek law tu...sub topik yg terakhir ialah ttg insurans.mmg aku ni zero knowledge ttg insurans ni.so,aku pun mendengar dgn tekun keterangan dr Dr.ashikin lect aku tu....

byk benda yg boleh diinsurans kan.contohnya,insurans nyawa.haiwan dan tanaman pun boleh jgk diinsuranskan eh!huhuhu...contohnya pokok bonzai.haish!ada jgk org yg insuranskan pokok eh....

lepas tu lect ada ckp,yg sebenarnya insurans konvensional ni diharamkan di sisi islam.sb syarat bila kita ambil insurans,katakan lah 20 thn.tp x ada apa2 yg berlaku dlm masa 20 thn tu.jd,duit yg kita byr selama 20 thn tu,burn saje!lect kata dlm islam kan melarang apa2 perniagaan yg ada unsur gharar,maisir dan riba' .sb itu pd thn 1985 takaful insurans ditubuhkan..jika kita ambil insurans islam,dan jika tiada apa2 yg berlaku dlm masa 20 thn tu,duit kita akan dipulangkan semula...hanya ada tolak skit duit cas perkhidmatan la..permulaannya insurans ni dimaksudkan dgn seolah2 ianya adalah tuhan dan menentukan qada dan qadar bagi seseorg itu.sb itu ianya dikatakan haram oleh fatwa kebangsaan.tp pd tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional. Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.  

 INSURANS KONVENSIONAL


Insurans, dalam perundangan dan ekonomi, adalah bentuk pengurusan risiko terutamanya digunakan bagi jaminan terhadap risiko kemungkinan kerugian kewangan. Insuran ditakrifkan sebagai peralihan samarata risiko kemungkinan kerugian, daripada satu entiti kepada yang lain, sebagai pertukaran untuk bayaran dan tugas bagi penjagaan.

TAKAFUL

Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.

PERBEZAAN JELAS ANTARA INSURANS KONVESIONAL DAN TAKAFUL

Objektif perlindungan risiko dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:

"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".

Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional?


owh....begitu rupanya!mmg good info lah!patutlah masa dulu,pernah akak aku bising2 kat abg aku psl insurans ni..sb abg aku ada amik insurans prudential..aku pun x bp phm masa akak aku dok nasihat abg aku psl insurans ni...rupanya ada kaitan dgn islam...dan pernah jgk kwn baik aku ,bapa dia,berhenti kerja dgn satu syarikat insurans apabila dia tahu ttg maksud sebenar insurans ni..masa tu kwn aku lah cerita ttg bapa dia tu..aku pun angguk2 je la.tp x phm apa..huhuhu..moral of the story,amiklah insurans takaful islam...berkat pelaburan anda tu kan..aku x ambil insurans sb so far Alhamdulillah,segala perbelanjaan aku kat hospital tu,epf yg cover..bersalin pun epf cover..mmg bersyukur sgt bila kerja dgn com. yg tanggung segala kos perubatan ni..sb tu kita sebagai staff ni kena kerja bersungguh2.jgn nak cerewet itu dan ini je...hehhehee...

terima kasih pd Dr.Ashikin iaitu lect aku tu la...memberi info yg aku x tau lansung.nasib baik lect aku ni jenis yg mcm ustazah2..hehhhee


*nasib baik keta aku diinsuranskan di bwh takaful islam... ;)

Sunday, April 10, 2011

Diari Hatiku

malam td pergi singgah umah mak..pastu aku pun masuk lah bilik bujang aku tu.sedang aku mencari2 barang,terjumpa pulak diari aku yg lama..hehhehee..aku pun buka dan baca diari tersebut.tersenyum sorang2 aku dibuatnya.hehhhee..so sweet!kalau nk tau,aku mempunyai 3 buah diari sehingga sekarang.aku start menulis diari ni masa aku darjah 5 lagi.. ;)

buku diari aku tu,bkn lah diari yg biasa2 tu.mmg diari tu aku beli yg cantik2.siap ada kunci lagi.hehhee..diari adalah teman setia ku.diari lah tempat aku luahkan segalanya.samaada suka atau pun duka.aku luahkan segalanya dlm diari.sb dulu masa kat sekolah rendah,cikgu kaunseling ada bgtau kat semua murid,apabila kita ada masalah,kita boleh luahkan segalanya melalui kwn atau pun dalam buku diari..cikgu kata,ianya boleh membantu kita dari diserangi sakit jiwa atau stress.so,aku pun belilah satu buku diari.buku diari yg pertama aku beli tu,kecik je.warna biru dan cover buku tu ada gambar perempuan ..bila dah penuh je buku tu,aku beli baru..warna kelabu dan covernya gambar kucing..hehehhee...yg latest,diari aku warna hijau...mmg diari teman setia aku sehingga sekarang. ;D

tp aku ada lagi satu teman setia...nak tau sape??husband aku lah.....hhehehee..

Kalau berpacaran ;)

korang suka x lagu kalau berpacaran yg dinyanyikan oleh ana rafali dan sohaimi meor hassan tu...??aku suka giler lagu tu!klu dlm keta kan,keluar je lagu tu,mesti dok nyanyi ngn hubby.hahhahaa...tp lagu ni sebenarnya memberi maksud yg mendalam.elok lah utk pemuda pemudi yg sedang hangat bercinta kat luar sana tu....huhuhuhu


*utk semua pasangan kat luar sana tu,terutamanya perempuan,dgr lagu ni dgn mendalam k.jg kehormatan diri tu.sb klu dah 'terjual' dgn lelaki yg belum tentu akan menjadi suami tu,harga diri anda akan menjadi murah.renung2kan..dan selamat beramal yer.. ;)

Saturday, April 9, 2011

Nikon Malaysia 10th Anniversary Celebration

nak share skit dgn kwn2 semua.pada 31 mac 2011 - april 2011 yg lepas,ada nikon fair kat mid valley...syok tu...mcm2 jenis model camera nikon yg boleh tgk!dan yg paling best boleh tgk model2 lama dari tahun 1959...mmg antik giler.ni antara gambar2 camera antik yg aku amik...

camera thn 1959



camera thn 1967

camera thn 1972

camera thn 1983

camera thn 1983

camera thn 1983


camera thn 1982

antara gambar2 di sana


dan yg penting,nikon D90 berada dlm genggaman aku sekarang...yg bestnya bila ada fair mcm ni,dpt la free gift mcm2.contohnya tripod.klu nak beli harga dia lebih kurang 200 la...sebelum membuat pembelian tu,aku tnya kat duffy,my wedding fotografer.dia kata nikon better dari canon.so,dah beli dah!!! yezzaaaaa!!!

Pesan mak

Alhamdulillah....kandungan ku dah berusia 8 bulan seminggu...insyaallah dgn izin Allah s.w.t hujung bulan ni cukup la 9 bulan.... :)

dari awal kandungan lagi,mak selalu pesan...jgn tinggal solat...jgn lupa mengaji Al-Quran...yer mak...sy buat apa yg mak pesan tu.... ;D mak ckp,ada byk surah al-quran yg boleh memberi kesan pada bayi dlm kandungan...Alhamdulillah setakat ni,mmg aku x tinggal mengaji.klu dekat opis tu,x leh nk mengaji,aku hanya mendengar I Pod yg aku telah download surah2 Al-quran..so,tgh2 buat kerja tu,aku dgr la bacaan2 suci Al-quran tu...klu tgh drive aku dgr alunan zikir atau nyanyian nasyid je...salah satu lagu maher zain... ;)) bila dgr bacaan2 suci Al-quran tu o dgr zikir2 tu,tenang je rasa hati....

byk surah2 yg anda boleh baca ketika mengandung nanti..antaranya :-

  • Surah Al Fatihah- utk terang hati dan kuat ingatan
  • Surah Mariam- utk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yg sabar dan taat
  • Surah Luqman - utk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa
  • Surah Yusuf - utk memperoleh anak yg cantik rupa dan cantik akhlak
  • Surah Hujurat - utk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
  • Surah Yaasin - utk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dgn godaan syaitan yg mengajak kepada MAKSIAT
  • Surah At Taubah - utk membersih jiwa dan terpelihara drpd MAKSIAT
  • Surah An Nahl - utk melahirkan anak yg berdisiplin.
Ha...mmg elok sgt la amalkan surah2 ni...Insyaallah,nanti anak akan jd anak yg soleh....pesan mak lagi,cari nama anak tu yg ada maksud yg baik...kerana anak akan menuntut nama yg baik di hari akhirat nanti....pastu mak ada pesan lagi...bykkan makan makanan yg baik2..mcm kurma dan kismis..hehhee..mak...sy mmg mkn pun.. ;)


erm,bkn setakat baca saja..time2 mengandung ni,elok jgk tgk rancangan2 yg berfaedah.mcm rancangan agama ke...aku pagi2 after subuh tu,suka sgt tgk rancangan tanyalah ustaz kat tv9..pastu hari khamis mlm suka sgt tgk rancangan semanis kurma.aku mmg minat dgn ustazah nor bahyah tu...husband aku pun suka jgk... ;)


terima kasih mak..harap2 info kat atas tu berguna utk semua.. ;)  renung2kan,selamat beramal... :D

exam

huh!sekejap je masa berjalan kan..pejam celik,pejam celik,dah hampir 4 bulan dan hampir ke penghujung semester!

cuma sgt bersyukur kerana segalanya berjalan dgn lancar.next two weeks,exam dah start..so,minggu mengulangkaji dh bermula lah...tp kenapa sem ni aku rs sgt relax!mcm x risau je exam dh nak dekat.
x ape...aku tau diri aku..aku boleh handle segala2nya...insyaallah....

dgn ada hubby yg sentiasa meyokong aku dr belakang,akan membuatkan aku semangat utk menjalani segala2nya dgn tabah.wah!mcm berat sgt plak masalah aku ni.hahahhahaa...tp terima kasih kat hubby dan syukur Alhamdulillah aku dpt husband yg sgt ,memahami dgn keadaan aku ni..

apa2 pun,good luck kat kwn2 yg akan menjalani exam tu... ;D

teruskan!

x sangka masih menyibuk baca blog aku.pastu sakit hati sendiri.hahahahaha..jgn perasan la kata aku ckp pasal ko....
terima kasih sgt2 sb sudi menerjah blog aku dan mengepost kat ko punyer blog ttg apa2 je lah!

whatever la wahai si penyibuk dan si hati busuk!harap2 sedar diri dan jgn nak menyerabutkan kepala otak anda tu dgn benda2 yg x berfaedah.aku sgt gembira sb apa sj yg aku buat,aku ada follower yg gila!
terima kasih! u r nothing to me.ahaks!

Thursday, April 7, 2011

aku dan tv3???

hehehehe...

actually,hari isnin ari tu ada tv 3 dtg dpn opis aku..dia masuk dan minta bos aku tlg nak interview skit...tp bos aku x nak.so,yg jadi mangsa aku lah...aku x mau gk.tp bos aku paksa gak.haish!!wartawan tu bkn nak interview psl epf...tp nak ckp psl "bagaimana memenangi hati lelaki"..hahhahaaa...aku pun mcm ketawa2 je dgn tajuk tu.
aku tanya bos la.apa sy nak jwp..then bos aku bg ckp, "awk ckp la,dgn cara masakan...masak makanan kegemaran dia..." hehehheee... bole plak bos aku yg bg jwpn.aku pun apa lg.tiru bulat2 la jwpn bos aku tu...

aku pun kuar la g dpn opis...pastu dia pun tnya la aku soalan tu....aku pun jwp la..pastu leh plak wartawan tu suh bg jwpn lain...sb sblm tu ada makcik tu tu pun bg jwpn yg sama...alamak...aku pun belasah je la jwp..aku ckp,cara lain utk memenangi hati lelaki,ialah berckp dgn lembut dan menjadi motivasi yg baik pd suami kita...sentiasa memberi pendapat yg baik apabila suami kita perlukan pendapat kita...hahhahhaa...dgn confident je aku jwp tu tau!
pastu aku ckp la, "lagi satu,husband sy sgt suka dgn air milo yg sy buat.jd sy akn buatkan tiap2 pagi utk dia...dan dia kata milo sy saje yg paling sedap!itu lah cara sy utk menambat hati lelaki yg bernama suami..... " ;) 

interview ni akan ditayangkan utk rancangan malaysia hari ini...pagi td lah!tp sygnyer,aku x dpt nak tgk...itu pun kwn2 aku yg gtau kat fesbuk....x per la...x der rezeki...yg penting ianya satu pengalaman yg best utk aku..bkn smua org dpt rasa kan.... ;)

Monday, April 4, 2011

Perkongsian Ilmu....

Dalam suasana santai Tuan Hj bertanya latar belakang semua yang hadir termasuk sudah berkahwin atau belum, bilangan anak serta umur anak, kasih sayang suami-isteri dan juga keistimewaan yang kita miliki. Disamping itu apakah nama manja atau nama timangan yang digunakan atau dipanggil.

“ Kenapa saya menyuruh tuan dan puan memberi maklumat berkenaan ?“, tanya Hj.  kepada kami.Semua yang hadir telah memberi pandangan masing-masing.
“ Secara ringkasnya maklumat berkenaan membolehkan kita mengenal siapa diri kita sendiri.Dan secara ringkasnya bolehlah dibuat kesimpulan seperti berikut “, jelas lagi,

Pertama, kesemua tuan dan puan disini adalah  pemimpin. Pemimpin pada diri sendiri, pemimpin kepada anggota keluarga, sebagai ketua di pejabat, memegang jawatan pengerusi di dalam persatuan, menjadi ketua dalam masyarakat setempat atau kemungkinan juga menjadi ketua negara. Apabila kita telah mengenali diri kita sebagai seorang pemimpin tak kisah sama ada pemimpin diperingkat bawahan atau peringkat atasan, maka adalah menjadi tanggungjawab bagi kita untuk memimpin dan memberi tunjuk ajar kepada mereka yang kita pimpin.

Kedua, apabila kita ini seorang pemimpin meskipun di peringkat rumah tangga, maka kita sudah tentu mempunyai keistemewaan diri sendiri yang telah diberikan oleh Allah kepada kita sama ada sedikit atau pun banyak. Keistemewaan diri inilah merupakan satu anugerah / bakat yang ada kepada seseorang bagi tujuan untuk memimpin dalam peringkat komuniti yang besar atau pun kecil.

Ketiga, sama ada kita menjadi pemimpin pada diri sendiri atau masyarakat, kita perlu mempertingkatkan potensi diri sendiri ( improve ourselve ) dari masa kesemasa. Ini bertepatan dengan doa yang sering dibaca setiap hari selepas sembahyang “ ……Ya Allah , jadikan diri ini lebih baik dari hari semalam……...”.

Keempat pula, kesemua kita ini Allah jadikan tidak serupa dari semua aspek termasuk perbezaan dari fizikal, emosi, kekayaan, kemiskinan dan spiritual. Perbezaan ini tidak akan melunturkan kita untuk maju dan berusaha memperkasakan diri sendiri untuk mengaturkan kehidupan dengan lebih sempurna sama ada pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga negara. Dengan wujudnya perbezaan ini akan menempatkan dimana status kita sebagai seorang insan ciptaan Allah.

Kelima, berhubung dengan mefokus kepada kekuatan yang ada pada diri kita sendiri. Dengan mengenali kekuatan dalaman diri sendiri, seseorang itu dapat mempertingkatkan kerjayanya serta melalui kelebihan dan “Skill” yang dimiliki boleh dijadikan “Tools” dalam meningkatkan daya saing sesama rakan sekerja. Seseorang yang dapat mengenal kekuatan yang ada pada dirinya serta menggunakan kekuatan ini secara optima, maka ianya akan berjaya dalam mencapai cita-cita.Disini lebih baik kita memberi keutamaan meningkatkan kekuatan yang ada pada diri kita terlebih dahulu untuk mencapai cita-cita dan selepas itu barulah kita sedikit demi sedikit memperbaiki kelemahan yang ada pula.

Ketujuh, ianya melibatkan sikap seperti kesabaran, bersyukur apa yang ada dan kemahiran  bagaimana kita dapat mengenali mereka yang berada disekeliling kita termasuk anak, suami,isteri rakan sekerja, ketua kita dan juga masyarakat disekeliling kita. Dengan bersikap positif, kesabaran yang tinggi serta mengenal mereka disekeliling kita secara mendalam, maka kita akan dapat mendekati serta memahami mereka dengan penuh kasih sayang sebagai sesama insan. Melalui sikap keterbukaan minda yang positif pula, kita akan bersyukur dengan apa yang kita miliki dan tidak merasa iri hati apa orang lain ada.
Berkaitan dengan apa yang dinyatakan di atas , secara tidak langsung kita akan dapat kemahiran mengenali perwatakan diri kita dan diri individu disekeliling kita seperti berikut:
a. Suka menerima hadiah
b Tidak suka menerima hadiah
c Memberi perkhidmatan
d Persamaan dalam tingkahlaku/perbuatan/pemikiran
e. Suka disentuh
f. Suka mendengar
g. Ketepatan masa
h. Menjaga keterampilan diri
“Sebagai akhir kata, Allah menjadikan kita (manusia ) sebaik-baik kejadian dan untuk menjadi khalifah di muka bumi serta mengabdikan diri kepada Allah. Yang baik dari Allah dan buruk itu datangnya pada diri kita sendiri”,ujar Hj. mengakhiri sesi perkongsian ilmu.

Saturday, April 2, 2011

x reti, boleh belajar....

semalam aku buka email dan aku dpt email dari kwn sekolah lama aku...terkejut jgk la bila dpt email dr dia.rupa2nya,dia masih simpan email address aku ni yer...terharu je rasanya...

kwn aku ni skg kat london...belajar amik law kat sana.wah.sgt bangga aku bila tau dia tgh belajar amik law n kat london lagi tu...kami pun chatting pakai YM sampai tgh mlm..yer la..lama x story2 dgn dia...
dh nak dkt kul 12 mlm tu,aku mcm dh penat duduk mengadap laptop ni.jadi,aku pun bagi la pin BBM aku kat dia dan kebetulan dia pun pakai blackberry..sambung chatting lagi....

aku pun borak2 la dgn dia..aku ckp syok nyer dpt belajar kat oversea dan study law plak tu!x lama lagi leh la jd lawyer...dulu mmg cita2 nka jadi lawyer..tp tah mcm mana,masa form 4,aku ni suka plak kat subjek akaun dan skg ni pun blaja dlm kos akaun..sb klu nk jadi lawyer,mmg kena minat membaca.tp,bila aku lihat diri aku blk,aku ni suka subjek mengira dari membaca.so,cita2 nak jadi lawyer tu,kenalah buang ke tepi..huhuhu..x per,insyaallah,pas aku abis study ni,aku boleh naik pangkat kat epf tu,jd account officer...Insyaallah!peluang tu mmg ada.. ;)

sambung blk cite kwn aku td...dia kata,duk kat negara org ni bkn la syok sgt pun...malaysia lagi best.katanya....aku tanya dia,kenapa ckp mcm tu.dia kata kat malaysia byk makanan malayu yg boleh dpt.hahaha..lawak gak kwn aku ni..aku ckp,x per,nnti ko blk sini,dtg umah aku,dan aku akan masak mkanan melayu ape2 pun utk ko...hehehee..

pastu dia ada ckp,yg dia baca blog aku..dan dia kata,dia agak terkejut dgn perubahan dlm diri aku ni...dia x sangka aku boleh berubah secara mendadak.huhuhu...x der la...setiap org mesti kena ada perubahan dlm diri..diri sendiri yg kena pilih,samaada,nk pegi ke arah positif atau negatif...yg penting kena ikhlas....cewah! ;p

kwn aku ni ada kata,bila dia blk malaysia,die nak suh aku ajar dia mengaji..aku pun agak terkejut la..aku ckp kenapa tiba2 nak suh aku ajar dia mengaji??dia kata,yg dia x tahu lansung baca alquran...erm,bila dia kata mcm tu,air mata aku terus meleleh..bkn aper...kwn aku ni,dulu adalah seorg yg berlagak skit...sb dia kaya dan pandai...tp sebenarnya,ada jgk kekurangan dlm dirinya...tp tah mcm mana,skg ni dia boleh mengaku kekurangan dlm diri dia..dia kata lagi , "maybe aku fluent speak in english,tp aku malu sb aku x tahu mengaji alquran..." katanya,mak ayah dia ,x pernah ajar dia baca alquran..apalagi solat..mmg kakak dan adik dia agak sosial..tgk gambar2 dlm fb dia pun aku x sangka,bahawa kehidupan org melayu dah jd mcm org kafir..syukur bila aku tau dia ni x sgt mcm kakak dan adiknya.dia sendiri ckp dgn aku,yg parents dia mmg lebih suka speaking english dari cerita ttg agama islam..bila dia kata begitu,aku pun rasa bersyukur dgn keluarga aku sendiri,kerana dilahirkan dgn pengetahuan agama yg cukup...Alhamdulillah....kakak aku mendidik anaknya dgn baik dan yg paling aku bangga adalah bila anaknya yg sulung tu khatam Alquran pada umur 6 thn...pernah sekali masa aku baca alquran,anak buah aku ni la yg membetulkan bacaan aku yg sedikit salah..huhuhu..malu jer...

last2,aku pun ckp dgn dia,x per...nnti dah blk malaysia,jumpa aku dan Insyaallah aku akan memberi tunjuk ajar ,apa saja yg aku mampu....dan kami pun stop BBM sb jam dah pukul 3 pagi..aku pun tido dgn senyuman..gembira sb dpt contact blk kwn aku ni... ;)

*moral of the story,x perlu nak belagak klu korg dan keluarga korg dibesarkan dgn "fluent speak in english".tp ttg agama,hancus....

Friday, April 1, 2011

Cinta dan Anugerah

cinta dan anugerah ni adalah tajuk drama bersiri indon yg ditayangkan di tv9 setiap ptg.drama ni dah mencapai dua ratus lebih episod.dan akhirnya habis jgk!haish.mmg jenuh nk menunggu bila agaknya cerita ni nak abis.
antara pelakon dlm drama ini ialah ashraf sinclay.ala..pelakon malaysia tu la...bile dah kawin dgn BCL tu,dia ni agak popular skg kat indon.
cerita ni mmg agak merepek skit..tp di sebabkan ada mesej2 islam yg bagus, aku mmg asyik nak ikut je drama ni..dprd tgk cerita org kafir yg lagi merepek2 tu,baiklah tgk cerita mcm ni...lagipun,aku suka sgt tgk pelakon2 perempuan dlm drama ni.sgt cantik..huhuhu..
cerita ni ditayangkan setahun yg lalu.x pernah plak aku layan drama bersiri yg sampai setahun mcm ni.dari aku x kawin lagi,sampai aku nk beranak ,baru lah abis cerita ni....apa yg boleh dikaitkan cerita ini dgn kehidupan seharian kita adalah, kita sebagai manusia mmg tdk lps dr kalangan2 org2 yg berhati busuk,dengki dan tdk boleh melihat manusia lain senang dan bahagia.betul x??tp Allah sentiasa bersama dgn org2 yg sabar dan beriman...org2 yg tdk baik,akan dibalas dgn kehidupan yg porak peranda.sebab itu,kita selalu kena rasa bersyukur dgn nikmat yg diberi Allah.bkn hanya nk mengeluh dgn hidup..

biarlah sahaja dgn org2 yg sakit hati dgn diri kita..kerana kita tahu yg mereka2 yg sifatnya begitu,adalah org yg rugi dan org yg bkn ada apa2.kita hanya meletakkan rasa kasihan sahaja dgn org yg rugi itu...
kita bahagia dgn hidup sendiri dan sentiasa ingat pd Allah...


carilah hatimu di tiga tempat iaitu :-


  • hatimu ketika mendirikan solat
  • hatimu ketika membaca Al-Quran
  • hatimu ketika mengingati mati
tetapi jika tak ditemui hati kamu di tiga tempat ini,maka berdoalah kepada Allah, agar diberikanmu sekeping hati,supaya dapat kamu menjalankan 3 amalan tadi dgn tulus dan ikhlas...Insyaallah.... :D