Followers

My Life

Tuesday, June 28, 2011

42 hari sudah!

Salam...

huh!pejam celik,pejam celik dah 42 hari aku pantang.mak ai!sekejap je masa berlalu...mmg x sabar utk menanti kan hari khamis ini.hehhehee..

apa lagi..abis je pantang,mmg shopping la keje aku.kaki ni dah gatal2 sebenarnya dok umah je..mana bole thn beb..mmg shopping tu adalah perkara wajib dibuat pd hujung minggu.ni kira dh sebulan lebih x jejak ke mana2 tempat biasa aku bershopping,rasa menggigil2 la kaki ni..ahaks!tangan ni pun dh mula gatal je.mana x nya,gaji 2 bulan woo x sentuh..gatal la jadinya tangan ni.huhuhu...

apa yg aku harapkan ialah,semoga semuanya berjalan dgn lancar. (:

*kali ni bershopping dgn qis juga..

Monday, June 20, 2011

hepi besday emma!

hari ni adalah besday salah seorg bff aku..emma...hurm,malangnya,aku x dpt nk celebrate besday dia...sebab,aku skg ni tgh berpantang.sedih pun ada..sb masa besday aku tu,dia n kwn2 lain siap buat surprise 
utk aku..apa leh buat.x der rezeki nak celebrate besday dia...


tp yg aku agak x kisahnya,bila aku dpt tau dia dah ada bf!wah..tgk gambar dlm fb,mcm ok je bdk tu..klu ok,alhamdulillah....then,tgk siap celebrate lagi besday emma mlm td..nasib baik bf dia x private kan gambar2 tu..
so,dpt la aku tgk..hehehe..yg penting bg aku,dia hepi.dan lelaki itu,dpt bahagiakan dia...itu yg penting bg aku.


to emma,hepi besday to u syg...insyaallah lps abis pantang ni,kita jumpa...i miss u badly.syg ko sgt!mucho!

Wednesday, June 15, 2011

Hana Tajima

Bila tgk style tudung hana tajima ni,rasa suka pulak.siap tgk tutorial dia lg.
Yg aku tau,hana tajima ni adalah fashion designer yuna.x sure la plak..tp dia ni
Mmg cun.mana tak nya,dia ni berdarah campur.tak ingat plak aku campur dgn apa.huhu.

Aku mmg sukakn fashion.suka kan fashion2 yg up to date ni.tak kan nk pakai bawal je kot.
Mcm dah ketinggalan zaman plak.tp kdg2 pakai gak.klu nk g pasar mlm je la..hehe.
Lagi pun klu pakai tudung bawal tu,nampak mcm 'mak-mak' la pulak...klu pakai shawl ni,mmg nampak
Remaja skit.tgk ank buah aku pakai,suka je aku tgk..

No wonder la,hana tajima ni menjadi ikon pd remaja2 yg bertudung skg ni..style pemakaian tudung dia,
Yg serabut tp ada style tu,membuatkan hampir semua yg minat shawl ni,terikut2..aku pun nak ikut jgk.hehe.
Nk order byk2 kat kwn aku yg menjual shawl ala hana tajima tu.. (:

oh ya???!!

ko yg x sangka,atau aku yg x sangka???
kenapa masih nk menyibuk baca blog aku??
jawapan dia senang je,nk jadi busy body psl hidup aku lg.mcm aku x tau,ko pernah buat fake account fb utk add aku dan suruh kwn2 ko add aku.apahal??x ke ko ni jenis yg kaki sibuk??dh tua,tp x sedar diri lg.haish!
weh...aku x de masa nk amik tau hidup ko pun.tp kwn ko yg sibuk msj aku,cerita psl ko.
so,blog aku,aku punya suka la nk cita apa2 pun!yg ko sibuk nk baca blog aku pahal??so,ko sendiri yg 
rasa happy kan!

sure,ko post status kat fb ttg apa yg aku cite kat blog ni,utk ape?utk mencari simpati la kan???
eh.sudah2 la nk dok meyibuk psl org..mcm aku xtau,ko sibuk tgk gambar aku kawin kat fb tu..sb tu aku sj x private kan gambar2 tu.tp x sangka plak ko tu mengulas psl wedding aku tu,pas2 sibuk pulak tnya kat fotografer aku psl pakej2 gambar wedding.so,nmpak sgt ko tu mmg si penyibuk!

ko tu adalah seorg yg hati berbau bangkai.elok buang je.oleh sebab itu,ko byk sgt bertukar lelaki.lg satu ianya utk memuaskan nafsu ko tu.jgn cita pasal tuhan,klu hati ko tu masih ada perasaan hasad dengki!
aku sikit pun x kisah klu ko ckp psl bf aku tu dulu.ko x tau cite jgn nak ckp lebih2.Alhamdulillah,aku hepi dgn hidup aku skg.sb tu la mulut terjuir ko tu,melambangkan ko ni mulut tempayan!pandai putar cite!ceh!jgn nk tunjuk baik la...

dah tentu,ko akan baca blog aku yg ni kan.dan mula la nk post status kat fb utk menagih simpati.teruskan membaca dan teruskan menjadi salah satu peminat setia blog aku!itu yg buat ko hepi kan!ye!teruskan lah!

Tuesday, June 14, 2011

over acting??

huhuhuhu..gosip lagi!
dpt msj dr someone smlm...katanya ada org over acting.ha??pasal apa agaknya kan....
adalah...tp x leh la nk gtau kat blog ni.nnti ada yg menangis pulak bila baca.hehehehe.
bila x penah rasa mcm tu,tu yg jadi over tu...katanya,over dari tuan punya diri.ha??apakah??
rasa kesian pun ada...perlu ke?ala2 je tu...x pe la..yg penting dia hepi...sb hidup dia sblm ni dah penuh 
dgn cabaran yg memilukan..bagi je la dia rasa..nnti meroyan pulak klu x dpt rasa.bg lepaskan keinginan tu.

tp sbnarnya mcm poyo pun ada.mcm gila glamer.glamer ke???ahaks!

*sedar2 la diri tu skit...bkn cantik pun...mcm tu la jadinya bila nk lebih dr org lain.

Friday, June 10, 2011

5 June 2011.setahun sudah... (;

Assalammualaikum...

Alhamdulillah,syukur pada Allah,5 june yg lepas,adalah 1st anniversary aku with en.hubby...hihihi..bersyukur jgk sb dlm tempoh setahun,kami dah dpt baby..

utk anniversary kali ini,x dpt lah kami sambut..sbnya,aku dlm pantang..Insyaallah ,abis pantang ni,kami celebrate la...kali ni kami celebrate bertigalah.;) kalau dulu berduakan....

mmg sgt seronok dikurniakan hidup mcm ni...mmg bersyukur sgt..punya family yg besar dan sgt happenning,punya keluarga mertua yg best,punya suami yg memahami dan punya anak yg comel...Alhamdulillah Ya Allah...anugerah yg telah Kau berikan ini,sgt aku hargai..

ini lah baru dikatakan kehidupan...dapat merasai segalanya..












Satu Kisah Motivasi untuk para sahabat


Ada satu cerita rakyat zaman dahulu kala, dalam nada simbolik membawa kisah bagaimana perkakas dalam sebuah rumah saling melihat bebanan yang
ditanggung olehnya,dan merasakan bahawa yang lain tidak seteruknya.

Kisah bermula bilamana atap merasa dialah yang paling berat menanggung bebanan berbanding yang lain,dia terpaksa menahan hujan, panas, dia
terpaksa berjemur ditengah-tengah panas,peritnya tak terkira,demikian
juga bila hujan turun,dialah yang terpaksa berhadapan dengan hujan ribut
ini.Perasaan kecewa dan sedih bertambah bilamana atap tengok tiang yang
dirasakan lebih rehat dari dia,tak kena panas dan tak kena hujan,lalu ia
merungut:
“Sedapnya jadi tiang,tak kena jemur di terik panas mentari,dan tak payah
susah payah menahan hujan ribut,alangkah seronoknya kalau boleh jadi
tiang”.

Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:
“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya
atap,kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku.Engkau atap,
lebih senang,tak payah pikul bebanan berat macam aku,”
rungut tiang.

Kata tiang terkadang aku cemburu tengok dinding,dia tak kena panas,dan
tak kena pikul bebanan berat macam kita.Sedang mereka berbual,rupanya
dinding mendengar,lalu menyampuk:
“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja.Aku lagi susah, nak kena jaga
keliling rumah ni,aku kena lindung semua isi rumah,akulah benteng menutupi aib dalam rumah,akulah penyimpan rahsia mereka,tapi aku jugak
kena ketuk bilamana nak tampal,nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa
yang senang, bukan aku,tapi tangga.”

Mendengar kata-kata dinding itu,tiba-tiba tangga pun mengeluh:
“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja.Tapi aku rasa aku nilah yang
paling berat antara semua perkakas rumah ni.Aku terpaksa kena hujan panas,
aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik,bila nak turun,dan lebih malang lagi mereka pijak aku dengan kekotoran yang mereka bawa.Tapi bagi aku kalau ini yang telah ditakdirkan aku redha,biarlah aku berkhidmat semampu aku,sebelum semua kita rebah menyembah bumi semuanya.”

MORAL OF THE STORY:-
Pengajaran dari kisah tersebut ialah jangan kita hanya nampak susah kita, tapi tak pernah fikir susah orang lain, dan yang lebih penting jangan kita nak jadi benda lain. Kita harus jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi kepada kita. Payahnya bilamana atap nak jadi tiang, tiang pulak nak jadi dinding..

Monday, June 6, 2011

empat punca hidup tak tenang

PENJELASAN UGAMA OLEH USTAZ ZAHAZAN
YANG DI SIARKAN DALAM AKHBAR BERITA MINGGU PADA 22 MEI 2011.

EMPAT PUNCA HIDUP TAK TENANG
ADA EMPAT PERKARA MEMBUAT HIDUP MENJADI SUKAR DAN TERTEKAN.

EMPAT PERKARA ITU ADALAH:-

  • PERTAMA : BERSUNGUT DAN TIDAK MENERIMA QHADA’ DAN QHADA  

Amalkan bacaan doa seperti di ajar Rasulullah S.A.W iaitu :

Bismillahi ‘ala nafsi wamali wadini.Allahumma raddhini biqodho ika wabarikli fima quddiroli hatta la uhibba ta’jila ma akkhartawa la takkhira ma ‘ajjalta 

(Maksud nya ; Dengan nama Allah atas diri ku, hartaku, dan agamaku. Ya Allah, jadikan lah aku ini rela
dengan apa – apa yang Engkau tentukan dan berikanlah berkat untukku dalam segala yang sudah ditakdirkan
kepada ku sehingga aku tidak menginginkan cepatnya sesuatu yang Tuhan perlambatkan
atau perlambatkan sesuatu yang Tuhan percepatkan)               

  • KEDUA : BERBUAT DOSA DAN TIDAK DISERTAI DENGAN TAUBAT

Allah S.W.T berfirman dalam surah Ali Imran ayat 135 yang bermaksud ; ‘ Dan juga yang apabila melakukan perbuatan keji,  atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibat nya)’

  • KETIGA : IRI HATI SESAMA MANUSIA, MUNCUL PERASAAN SENANG UNTUK MEMBALAS DENDAM KEPADA MEREKA, DENGKI ATAS ANUGERAH YANG ALLAH BERIKAN KEPADA MEREKA

Allah S.W.T berfirman dalam surah An Nisa ‘ ayat 54 yang bermaksud : ‘ Ataukah mereka dengki pada manusia lantaran kurnia yang sudah Allah berikan kepadanya ‘. Dalam hadis riwayat Abu Daud, daripada Hurairah r.a. bahawasanya
Rasulullah bersabda : Jauhilah oleh mu sekalian sifat dengki itu, kerana sesungguhnya dengki itu dapat menghabiskan amal kebaikan sebagai mana api itu dapat menghabiskan kayu api.’ 

  • KEEMPAT : BERPALING DARIPADA MENGINGATI ALLAH

Allah S.W.T berfirman dalam surah Taha ayat 24 yang bermaksud : ‘ Sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk – Ku, maka sesungguh nya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan  Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam kedaan buta.   
   

*DEMIKIAN EMPAT PERKARA DI SEBUT ‘AIDH BIN ABDULLAH AL QARNI DALAM KITAB BELIAU LA TAHZAN.
ELAKKAN DARIPADA MELAKUKAN KEEMPAT – EMPAT PERKARA ITU, INSYA ALLAH HIDUP AKAN TENANG.      

sekuntum bunga... :)

lupa nak update blog tentang sekuntum bunga yg diberi oleh en.hubby. :)) masa tu,aku x bersalin lg...tp tgh menunggu hari la tu...x sangka pulak en.hubby bagi aku sekuntum bunga yg berwarna pink.masa tu aku tgh relax2 kat rumah..en.hubby pun keluar ke kedai.
blk je dari kedai,tiba2 en.hubby menghulurkan aku sekuntum bunga color pink!wah!romantik gitu...sedang aku relax tgk tv kan..tetiba je dpt bunga.mana x rasa gembira kan....hehhehehe...

en.hubby kata,bunga ni sempena hari ibu.tp bunga yg utk aku tu,adalah utk bakal ibu..hehehhe.thanx syg... 

bunga dari en.hubby (:


funny!

ada satu kisah yg berlaku di lif hospital kg baru...klu aku ingat blk,mmg kelakar.ada satu budak kecik lebih kurang umur dia 5 thn mcm tu la..sgt petah bercakap.dia bercakap dgn auntie die rasanya....

lebih kurang  mcm ni dialog budak tu :-


budak : kenapa auntie senyum2?
auntie : sebab suka tgk amin la...comel...
budak : kan amin dah kata,klu nk senyum,jgn sampai nampak gigi.sb gigi auntie terkeluar.amin suruh auntie pakai besi kat gigi.nnti gigi auntie mesti x keluar lg.(aku pun mcm nk ketawa tp mcm x sampai hati sb rasa kesian kat auntie dia.sampai ati bdk kecik tu ckp cam tu...aku tgk gigi auntie dia tu,bkn lah jonggang,tp satu gigi arnab dia tu ke depan skit...)
auntie : amboi..kutuk auntie ye..ye la...nnti auntie pakai besi la....

gigi arnab ke depan.lebih kurang cm ni.tp gigi yg lain x der la cm ni....

pintu lif pun terbuka..kami pun keluar...hehehhehe..petah giler bdk tu..comey sgt.

*so,anda2 yg agak2 gigi tu x rata,jgn la senyum smpai nmpak gigi yer..ahaks!

Friday, June 3, 2011

9 bulan 3 minggu (:

selama 9 bulan 3 minggu aku mengandungkan qis,dan akhirnya pada kandungan aku berusia 39 minggu,qis pun dilahirkan...Alhamdulillah...

begitu byk manisnya bila org perempuan ni mengandung.aku suka sgt!en.hubby memberi kasih syg yg amat sgt.mmg nampak kasih syg dia pd aku...syukur...mmg betul org kata,waktu mengandung ni la,suami akan syg sgt pada isteri...erm,tp mmg betul pun...mana-mana pergi,disuruh hati2..risau bkn main lg klu aku kuar sorang2.tgn ni x lps je pegang klu pegi shopping ke apa...rasa sgt dilindungi...klu berjln kat pasar malam tu,mesti en.hubby jaga aku dari terlangar org2 awam tu...hehehehe...best lah! :)) kalau tido rasa diri ni,dimanja-manja je,,,en.hubby klu tido,mesti x lepas tgn dia,pegang tgn aku...seronokkan!

dua kali seminggu tu,mesti pergi pasar malam ngn en.hubby..semata2 aku nk minum ais blended..hehhehe..en.hubby mmg dah fhm sgt dgn aku..klu pergi mid valley pun,mesti beli ais blended dulu... :)) 

sehari dua,lps bersalin tu,aku sgt rindu dgn tendangan qis waktu dlm perut..qis mmg sgt aktif dlm perut.pernah masa nak scan baby,qis tendang2.sampai doc kata,anak awk ni marah org nk tgk dia...hehhee..doc kata bagus la klu baby aktif dlm perut...Alhamdulillah..bkn setakat dlm perut je,dah kuar ni pun aktif jgk...yg bestnya lg,en.hubby selalu je ckp2 dgn qis waktu qis dlm perut lg...dan en.hubby juga selalu mengaji di sebelah aku klu aku tgh tidur ke...Mudah-mudahan qis akan jd anak yg solehah...

cuma aku agak ralat skit,sebab plan nak pegi mkn ramai2 dgn bff x kesampaian..plan 17 hb mei tu la nk g mkn..nk layan seafood..tp aku dah sakit nk bersalin pulak...x der rezeki la tu...huhuhu...makanan terakhir yg aku mkn ialah ayam penyet..pergi mkn dgn family kat sri gombak tu...tu lah makanan sedap yg terakhir aku mkn sblm aku bersalin..dan tempat shopping yg terakhir aku jejak ialah ikea n the curve..hohohoho...sempat lg pergi jln2 shopping tau.bkn apa,doc yg suh aku byk berjalan.nnti senang nk bersalin..thanx to en.hubby,sb byk memberi sokongan waktu aku mengandung hinggalah bersalin...thanx jgk sb sgt baik hati bila aku nak pegi jln2 ke sana ke sini...maklumlah aku ni mmg kuat jln skit....hehehehe.

rasa syukur yg amat sgt sebab aku dpt merasa kehidupan yg manis ini...aku berdoa,agar Allah sentiasa memberi kebahagiaan pd kami sekeluarga..yg paling penting,agar rumah tangga kami,diberkati..Insyaallah.... :)

ayam penyet.


kami lepak di the curve



kami (^_^)