Followers

My Life

Monday, April 11, 2011

baru tahulah!

hari sabtu lepas aku ada kelas subjek law.so,tinggal 2 sub topik je yg nak habis utk subjek law tu...sub topik yg terakhir ialah ttg insurans.mmg aku ni zero knowledge ttg insurans ni.so,aku pun mendengar dgn tekun keterangan dr Dr.ashikin lect aku tu....

byk benda yg boleh diinsurans kan.contohnya,insurans nyawa.haiwan dan tanaman pun boleh jgk diinsuranskan eh!huhuhu...contohnya pokok bonzai.haish!ada jgk org yg insuranskan pokok eh....

lepas tu lect ada ckp,yg sebenarnya insurans konvensional ni diharamkan di sisi islam.sb syarat bila kita ambil insurans,katakan lah 20 thn.tp x ada apa2 yg berlaku dlm masa 20 thn tu.jd,duit yg kita byr selama 20 thn tu,burn saje!lect kata dlm islam kan melarang apa2 perniagaan yg ada unsur gharar,maisir dan riba' .sb itu pd thn 1985 takaful insurans ditubuhkan..jika kita ambil insurans islam,dan jika tiada apa2 yg berlaku dlm masa 20 thn tu,duit kita akan dipulangkan semula...hanya ada tolak skit duit cas perkhidmatan la..permulaannya insurans ni dimaksudkan dgn seolah2 ianya adalah tuhan dan menentukan qada dan qadar bagi seseorg itu.sb itu ianya dikatakan haram oleh fatwa kebangsaan.tp pd tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional. Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.  

 INSURANS KONVENSIONAL


Insurans, dalam perundangan dan ekonomi, adalah bentuk pengurusan risiko terutamanya digunakan bagi jaminan terhadap risiko kemungkinan kerugian kewangan. Insuran ditakrifkan sebagai peralihan samarata risiko kemungkinan kerugian, daripada satu entiti kepada yang lain, sebagai pertukaran untuk bayaran dan tugas bagi penjagaan.

TAKAFUL

Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.

PERBEZAAN JELAS ANTARA INSURANS KONVESIONAL DAN TAKAFUL

Objektif perlindungan risiko dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:

"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".

Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional?


owh....begitu rupanya!mmg good info lah!patutlah masa dulu,pernah akak aku bising2 kat abg aku psl insurans ni..sb abg aku ada amik insurans prudential..aku pun x bp phm masa akak aku dok nasihat abg aku psl insurans ni...rupanya ada kaitan dgn islam...dan pernah jgk kwn baik aku ,bapa dia,berhenti kerja dgn satu syarikat insurans apabila dia tahu ttg maksud sebenar insurans ni..masa tu kwn aku lah cerita ttg bapa dia tu..aku pun angguk2 je la.tp x phm apa..huhuhu..moral of the story,amiklah insurans takaful islam...berkat pelaburan anda tu kan..aku x ambil insurans sb so far Alhamdulillah,segala perbelanjaan aku kat hospital tu,epf yg cover..bersalin pun epf cover..mmg bersyukur sgt bila kerja dgn com. yg tanggung segala kos perubatan ni..sb tu kita sebagai staff ni kena kerja bersungguh2.jgn nak cerewet itu dan ini je...hehhehee...

terima kasih pd Dr.Ashikin iaitu lect aku tu la...memberi info yg aku x tau lansung.nasib baik lect aku ni jenis yg mcm ustazah2..hehhhee


*nasib baik keta aku diinsuranskan di bwh takaful islam... ;)

No comments:

Post a Comment