Followers

My Life

Showing posts with label i love islam. Show all posts
Showing posts with label i love islam. Show all posts

Monday, April 25, 2011

Ikon

kalau ckp tentang ikon,mesti berderet2 nama artis keluar dari mulut korg kan....bkn korg aje..aku pun mcm tu jgk.lepas menonton program Halaqah Sentuhan Qalbu tu,baru lah tersedar bahawa ikon2 yg kita banggakan tu,sebenarnya agak membuang masa. kesedaran yg ditunjukkan dlm HSQ tu,adalah tentang zaman sekarang yg makin lupa dan aku rasa mmg ramai yg terlupa utk menjadikan Nabi Muhammad S.A.W kita tu,sebagai ikon kita..

bahawasanya, aku rasa ramai yg masih mengangkat artis2 atau tokoh2 di negara kita atau di luar negara sebagai ikon mereka..kadang2 bila difikirkan balik, kita telalu obses dgn artis2 yg bkn lah kita kenal dan hidup di zaman kita.sedangkan artis2 tersebut ada yg telah meninggal dunia.kita memuji mereka secara berlebihan walaupun kita tidak tahu apa kejahatan yg ada pada diri ikon yg kita agung2kan tersebut.kita sendiri tidak tahu kebaikan apa yg ikon kita buat sehingga kita buta sehingga tidak memilih Nabi Muhammad S.A.W kita ini sebagai ikon yg utama dlm diri kita...bukankah Nabi Muhammad S.A.W adalah sememangnya insan yg terpuji berbanding dgn artis,pemain bola sepak atau tokoh yg kita bangga2kan itu?? HSQ tu bkn ingin menidakkan kebolehan ikon2 yg hebat yg kita suka itu,tetapi hanya ingin mengingatkan kita bahawa umat akhir zaman ini,semakin lupa pada Nabi Muhammad S.A.W. program tersebut mmg baik pun utk semua.utk kesedaran semua..

tidak salah kalau kita minat pada artis atau siapa2 yg kita anggap beliau sebagai inspirasi dlm hidup kita.tp jgn lah kita lupa bahawa,ada lagi ikon yg lagi hebat dr mereka2 yg kita suka itu.kira aku ni x lupa diri jgk lah.sb meletakkan password IBM kat ofis aku tu, Nabi Muhammad S.A.W sebagai ikon aku.aku buat password tu,sebelum aku tonton rancangan ni k....Alhamdulillah ,syukur dan tahniah pada diri aku sendiri, kerana sedar bahawa Nabi Muhammad lah yg sepatutnya menjadi ikon yg utama pd diri kita ni..semua sifat2 terpuji Nabi Muhammad S.A.W dah termaktup dalam Al-quran dan Hadis.org tdk boleh menyangkalkannya..betul x???



jemputan ceramah dr pakar motivasi ESQ ni, mmg best.mmg membuatkan air mata aku dan juga penonton lain menangis..huhuhu...tau x ape ESQ tu? ESQ ni ialah satu pertubuhan program motivasi. kalau nak menyertai ESQ ni, mmg elok.cuma mahal skit la...rm 1000++ jgk lah bayaran dia..akak aku dah pernah pegi...ramai org2 kaya2 la yg pegi ESQ ni.mak2 datin dan pak2 datuk pun ada yg sertai ESQ ni...klu nk sertai program yg boleh merubah diri kepada positif, apa salahnya kan....hidup ni,kena berubah.bkn nak duduk dlm kelompok org2 yg rugi dan negatif kan! hidup bknnya utk membuat maksiat...urm???klu terlalu byk maksiat dlm diri kita ni, itu lah jadinya hidup x pernah cukup dan bersyukur dgn apa yg ada. lepas tu ,hidup pun jadi x berkat.hati jadi busuk.x boleh tgk org bahagia dan lebih dari kita. itu semua disebabkan maksiat yg terlalu byk dlm diri la kan...Na'uzubillah....siapa yg makan cili,akan rasa lah pedas nya.tepuk dada,tanya iman.kepada semua, renung2kan lah.... ;D

Tuesday, April 12, 2011

kalau anda terfikir utk lakukan MAKSIAT!


Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual. Lantaran itu hasil kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :

  •         azab api neraka,
  •       azab kubur,
  •      mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
  •    kejauhan dari rahmat Allah swt serta
  •       tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w 
  •       dan lain-lainnya. 


Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-
  • penceraian akan berlaku akibatnya,
  • pasangan zina mengandung,
  • bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
  • mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
  • apa akan jadi kepada anak-anak ?,
  • kejian masyarakat,
  • ditangkap basah dan diumum di media,
  • adik beradik mengeji,
  • akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati,
  • dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat,
  • mati ketika zina dan khalwat dilakukan,
  • dan banyak lagi boleh disenaraikan.
  Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.


KAWALAN

Panduan Kawalan nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-
  • Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
  • Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika khalayak ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
  • Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
  • Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
  • Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya.
  • Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseorangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.
    Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
  • Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.
  • Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
  • Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
  • Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarang, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.
  • Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan
  • Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
  • Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.
  • Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.
  • Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InsyaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingatkan kebesaran Allah.
  • Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-



    وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

    Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )
  • Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.
  • Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. Ibarat mutasi virus yang lebih berbahaya kepada kesihatan.
  • Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
Segera beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.


  1. وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِي

    Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)


 *renung-renungkan..jgn jadi di kalangan org yg berbuat maksiat ye!