Followers

My Life

Friday, December 31, 2010

Kenangan 2010 tidak akan dilupakan.

Assalammualaikum!

wah.. pejam celik2 pejam celik, dh nak masuk 2011 dh erk... sungguh pantas masa berlalu. Alhamdulillah, aku masih sihat dan kehidupan berjalan dgn lancar sekali. syukur Ya Allah....
2010 byk perkara manis yg berlaku dlm hidup aku.. Alhamdulillah tiada perkara yg menyakitkan hati atau mengganggu mental aku. hehehhe. 

antara peristiwa2 yg berlaku pd thn 2010 :-

1) pd 1.1.2010, sambutan new year bersama kwn2.. ala tgk bunga api dan lepak minum jer..  ;D

                                           new year 2010

2) pd 21.2.2010, panjat bukit broga dgn kwn2.. kul 6 pg kami start naik, sampi puncak, dpt tgk matahari naik. mmg cantik giler.

                                                    puncak broga, semenyih

3) 5.6.2010, majlis akad nikah aku.. 6 bln kami ikat tali pertunangan dan kami disahkan menjadi suami isteri pd tarikh tersebut. ;D

                                            nikah 

4) 6.6.2010, keesokkan harinya, adalah hari persandingan aku. tema, putih, kelabu n ungu. sgt gembira ;D

                                              my big day

5) 19.6.2010, majlis bertandang di rumah hubby kat penang. tema, coklat ;D

                                           bertandang di penang

6)  29.9.2010. berita amat gembira buat aku, apabila aku disahkan mengandung. syukur Alhamdulillah... ;))

                                          
7) 7.10.2010, surprise bufday party utk aku. tq kwn2 n my hubby.. ;))

                                           kek utk aku~~~

8) 13.12.2010 adalah tarikh anniversary aku n hubby.. kami celeberate kat pizza. sgt bersyukur.4 thn dh kami bersama ;)


                                                      4th anniversary 

huh! ini lah antara2 peristiwa manis pd thn 2010, yg x dpt aku lupakan.. penantian 2011, lagi mengembirakan aku.. aku amat bersyukur kpd Allah s.w.t kerana apa yg dirancangkan dlm hidup ini, byk telah ditunaikan. Alhamdulillah Ya Allah...  aku hanya mohon keberkatan dari yg Maha Esa bg setiap perkara yg berlaku dlm thn 2010. Insyaallah... 


 

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Harimau Malaya!

Assalammuaalaikun...

huh!pagi ni bgn dgn senyuman yg lebar dan sungguh bersemangat. mana x nya. malaysia menang. Alhamdulillah... setelah 14 thn, akhirnya kita menjadi juara.yeah! 
menonton perlawanan akhir mlm td, mmg sgt stress. dr  first half, yg pegang bola asyik pemain indon jer. masa penalti tu, aku dh bengang giler dh. nasib baik ada khairul fahmi! haish! mmg dia terbaik lah!



 Aku cuma agak kecewa skit dgn corak permainan  pemain malaysia ni. agak hancur la... defend pun tah apa2. tu yg khairul fahmi agak marah masa second half tu. bagi aku control bola mmg hancur... malas nk keja bola.. passing bola pun main belasah jer. klu tgk corak pemain indon, mmg cantik.  tu yg aku agak benggang. klu mlm tu malaysia dpt mata lebih, lg aku tambah2 hepi. hehhe. nasib baik la ada shafee sali. fuh! tendangan dia mmg power. dgn ada nya kunalan yg lari laju tu. huhuhu. mlm tu aku aku rasa yg menyerlah, khairul fahmi, shafee sali n kunalan. wpun, aku rs pemain kita boleh buat lebih baik lagi. mungkin bila bermain kat tempat org, tu yg dorg rs gementar lain mcm tu.. tp x aper. yg penting malaysia juara! yeah!
  dan pagi2 bila sampai opis, hati aku sgt teruja dan tersenyum lebar dr pagi sampai skg. hehehhe
. bila dgr berita pagi tu, PM bg cuti umum esok. yeay!! lagi bertambah2 senyum aku. rsnya semua org la  gembira hari ni. jumpa kwn2 opis, semua cita psl bola..huhuhu. 
tahniah kpd malaysian warriors! 



Wednesday, December 29, 2010

Bila nak start kelas nih???

As Salam...

                                            posing dlm class.student cemerlang ni tau! hehe


rupa2nya dah sebulan aku cuti sem...x rasa pun.huhu. bila check student portal, x der plak jadual baru keluar.haish! bila nk start ni?? lg bape ari dh nak masuk januari. selalu januari dh start dh.. tp x ade pun jadual keluar ni..hurm... mcm excited plak aku nk ke kelas skg ni.. hahhaha. dan x sabar nk shopping stationary yg baru. bkn baju je shopping tau! barang2 keperluan belajar pun perlu.hehhe. mcm bdk nk masuk darjah satu plak aku ni...huhuhu

slownyer la utm ni..x pernah2 slow mcm ni. erm, rupa2nya penyelaras subjek utk thn dpn ni yg slow... hurm, en.salleh la..sape lg.. lect akaun aku tu. dia tu mmg agk slow orgnya.. ms ngaja pun mmg x phm. nasib baik la kami student ni study sendiri dan dpt fhm sendiri. dan yg penting, result gempak! yeah! ;D

mmg x sabar la nk start kelas.. leh wat asgmnt... wlupun asgmnt suka wat last minute.hehhehe..

                                                       cik dayah tgh edit asgmnt

nnti dh start class, leh jumpa kwn2.. study sama2... lepak library. mcm biasa la.. membusy kan diri.. hehhehe.
kali ni g class lain skit.. aku membawa perot ..hehhe. x per.. anak aku leh belajar skali.. huhuhu.
apa2 pun, mmg x sabar nk jumpa kwn2 semua..

                                                      bersama lappy kesayangan ku~~~

Monday, December 27, 2010

Malaysia BOleh!


VS
salam semua!!
nampaknya selepas perlawanan bola semalam, ramai rakyat malaysia kita yg tersenyum lebar.. aku layan kat umah jer...mmg nk g stadium. tp memikirkan keadaan aku yg tgh preggy ni, x ape la... aku suh hubby g, tp dia x nak, nk teman aku tgk kat umah jer katanyer...hehhehe.. tgk kat umah pun, enjoy jgk. tp klu x preggy, dh lama aku g stadium.huhuhu. jeles tgk kwn2 post gambar sambil pegang bendera malaysia kat fb..

ape2 pun, malaysia menang! syukur Alhamdulillah.. pemain malaysia telah menunjukkan kehebatannya. 3-0 tu.... yeah! yg penting pemain selangor iaitu shafee yg memakai jersi nombor 10 menggolkan gol yg pertama pd second half pemainan. mmg tendangan dia cantik giler la. no wonder la dia adalah favorite striker. tahniah kpd anda.  teruskan kehebatan anda. ;)

semalam masa first half tu mcm risau je tgk..asyik kena serang jer...cara permainan indon pun agak cantik. tp pemain defend kita dh cukup handal.. tu yg indon x lepas gol tu.hehehe. selamat... so, masa second half tu baru lah pemain malaysia menunjukkan belang mereka.huh! sampai kena 3 gol. bagus2!!

penantian 29hb ini menentukan segalanya. klu malaysia menang, ini adalah kali pertama utk malaysia dr thn 1996 dulu  yg x pernah menang. aku yakin malaysia boleh menang. insyaallah..x boleh la terlalu yakin kan...

cuma satu je aku x puas hati, bila ada penonton yg x profesional main laser plak.haish! lps2 ni, tlg la jaga tatasusila anda apabila menonton bola. jgn la membusukkan nama malaysia k! apa2 pun, tahniah malaysia! sy bangga menjadi anak malaysia! yeah!
                                                                                                                                                                                                                                          

Sunday, December 26, 2010

siapa yang sibuk pasal siapa sebenarnya????

pelik tersgt pelik..tp aku relax je...



smlm malam aku YM dgn seseorg ni...dia kwn dr minah sorg ni..
selalu gk aku berYM dgn dia..tiba2 je dia cita la psl minah sorg ni. yg minah ni buat blog baru.kwn minah ni tgk minah ni post cerita2 blog dia kat fb.dia suh aku baca.

aku pun baca la....dia post satu blog. dan mungkin dituju khas utk aku kot!hahahhha.
minah ni ckp, aku cerita ttg dia.wah....sebenarnya, sapa yg sibuk psl sape ni??? tp dia kata, kononnya dia "terserempak" dgn blog aku. logik ke??? jgn cuba nk menipu dgn mengatakan anda terserempak dgn blog aku. bohong tu!
aku dh agak dah...aku buat story psl dia dan aku lnsung x jangka yg minah ni akan baca blog akula kan.
so,sape yg sibuk psl sape???dan mengapa sibuk membaca blog org lain?? x ke itu bermaksud anda sebenarnya yg masih sibuk utk mengambil tahu ttg aku??? mungkin minah ni terjah blog aku melalui fb aku.aku x private address blog aku.so, maknanya dia masih lg sibuk ttg hidup aku la kan....hahhaha.
aku hairan jgk.sbnyer aku dah block minah ni punyer fb.mungkin dia ada akaun lain la tu...tu yg bole view profile fb aku... sblm ni pun, ade je kwn2 dia yg cuba nk add aku.mcm la aku x tau.dan mmg dia ada akaun lain dan cuba add aku.wah! sgt busy body yer kamu!maaf lah kerana x approve!ahaks!

mcm aku xtau, sblm ni minah ni jgk ada blog.dn sedikit sebanyak ada jgk mengkritik ttg hidup aku.aku pon sbnrnya x nak tau pon psl minah ni. tp bila aku berYM dgn kwn dia tu, kwn dia yg sibuk suh aku baca blog minah ni. kwn dia ni pon x berapa suka ngn minah ni..

aku buat blog yg dia kata psl dia tu, sb mmg terlintas dlm fikiran aku nk post cerita tu.so???
aku mmg saje selit2 cerita psl minah ni.sb aku tau, minah ni mmg akan sibuk lg ttg hidup aku. nak tgk la..aku ni bahagia ke x kan...pastu dia ni mula la post cita yg bkn2 dn mula la mengkritik psl hidup org lain dlm blog dia.ahahahaha..terima kasih la syg ooi...sy sgt hepi sb kamu masih sibuk mengambil berat ttg sy.bahagianya sy! 


kalau anda masih sibuk ttg sy, sy ucapkan terima kasih. sgt2. sy rasa mungkin blog o profile fb sy tu sgt istimewa di mata anda.hahhaha. kalau anda rasa apa yg sy post kan itu, bole memberi anda perubahan kepada org yg baik, silakan lah terjah blog sy. dan teruskan..sy bahagia sgt!  sudah tentu anda melihat semua photo album yg sy x private tu kan??? so, mesti anda hepi tgk sy hepi kan???
sy sgt suka dgn blog anda sebelum ini. menunjukkan anda seorg yg sgt sombong dan agak berlagak bagus dlm semua aspek!ahaks! mengkritik ttg itu dan ini.tanpa melihat diri dan org disekeliling anda. mcm lah anda seorg yg perfect! sy pun bkn lah nak baca blog kamu tu.tp kwn kamu yg x suka ngn kamu yg suruh sy baca. sy lansung x pernah pk psl kamu.utk ape??? sy bahagia dgn hidup sy skg .alhamdulillah! x pernah ada faedah lansung utk memikir psl kamu wahai syg.. jgn lah anda rs sy ni x berhenti fikir psl anda.haish! dpt sejuta ke klu sy berfikir ttg anda??? anda seorg yg busuk hati dan tidak boleh melihat kelebihan org lain membuatkan aku lansung tidak hairan dgn anda. klu anda seorg yg hebat, boleh la aku heran kan! mungkin disebabkan sikap anda itu, membuatkan anda ingin membuat blog baru sb sememangnya aku  tidak boleh lebih dr anda! x gitu??!!

anyway! tq very much kepada anda! semoga sukses dlm hidup k!sy sgt bersyukur kpd Allah kerana diperkenalkan org yg seperti anda . kerana membuatkan sy sedar sifat2 anda yg buruk itu haruslah dijauhi.

Kisah 7 sahabat

Salam...hari ni, aku nk cerita ttg 7 sahabat aku...

ini ialah hamizah...aku berkwn dgn dia start sekolah rendah lg..umah kami pun dekat2.dia ni sorg yg aktif sgt.kdg2,penat aku tgk dia..huhu.masa sekolah rendah dulu, dia ni selalu masuk mcm2 pertandingan.sukan pun dia aktif.klu nak tau,dia ni suka menyanyi..klu sekolah ada anjurkan pertandingan apa2, dia mesti masuk bahagian nyanyian.aku pulak tarian.hehehe. dan dia juga ialah antara kwn yg mmg paling suka bersolek.dan pandai bersolek.mmg dia ni jenis suka melawa dn suka menjaga diri sebagai seorg perempuan.bagus kan!
ada lg aku simpan gambar darjah 6 masa kami join pertandingan kebudayaan antara kelas dulu..huhhu..bagi aku, dia lah kwn aku yg paling kaya skali.apa yg dia nak,semua dpt dr mak ayah dia..bestkan..aku pun numpang sekaki la..hehehe.lg satu, dia ni,mmg menjadi kegilaan lelaki2 di sekolah dulu..maklumla,org popular..hihihi.. kami rapat sampai la tkt 3..sb masa tkt 4 dia dah dpt sekolah teknik..jd kami berpisah masa tktan 4 tu la..sedih..tp sampai skrg pon kami rapat...
kenangan yg paling manis sekali, ialah masa kami pergi ke terengganu utk menerjah bf dia yg bermain kayu 3.wah!bila pikir2 balik, mmg giler la..ye la..masa tu kami tkt 5.dh pandai g jauh2.masa tu 4 org yg g. miza drive sampai sana..aku,miza,mia n norehan.kami berempat pergi ke terengganu.haish!pastu dia ni, adalah tempat kakak aku mengadu ttg perangai aku bila aku wat hal...hahhaha..sian miza, selalu je kena dgr aduan dr akak aku..hehhe
apa2 skg dia pon dh bahagia dgn hubby dia skg ni.tp bkn dgn bf dia yg main kayu 2 tu tau! 
kepada miza, yg sgt busy orgnya,semoga kita berkekalan dunia akhirat.dan aku sentiasa doakan kebahagian ko..mmmuuuahh! ;D





yang ini, ialah abby....kami rapat semenjak sekolah menengah.masa tu tktan 2..kami kelas sama..dia ni kwn aku yg sgt baik.sgt2 baik orgnya..dan agak naif dlm sesetengah perkara..tp fikiran dia matang..dan seorg yg sgt mendengar kata org tuanya..x pernah sekali pun dia melawan ckp ibu dan bapanya..baguskan! seorg anak yg taat..ingat lagi time sekolah dulu.abby ni mmg suke usha lelaki yg macho2.itu mmg taste dia la.tp dia mmg cukup anti dgn lelaki yg penipu. dulu dia ni pun menjadi kegilaan bdk lelaki. mana la lelaki x nak kat dia. sb dia ni baik....
klu aku ada problem apa2 pun, dia mesti nasihat aku kaw2 punyer..dan dia selalu bg penyelesaian masalah aku tu, dgn positif. skg ni ,die bekerja di maybank. dia lah kwn aku yg paling untung skali. sb kawin dgn anak datuk..aku pergi kawin dia kat merak kayangan.mmg wedding of the year la! wpun dia kawin dgn anak datuk, tp dia x pernah sekali pon menunjuk2 dgn apa yg dia ada. sb dia sgt low profile. itu lah sikap dia yg aku suka. sampai skg ni dia masih mcm tu...
skg ni dia tgh pregnant anak pertama..dh 7 bln pun...dia selalu jgk kol aku..kami borak2 pasal mengandung ajer..huhuhuhu..tu la topik kami skg ni.
kepada abby, doaku sentiasa ada kamu...mmuuuah!

ha..yg ini pulak, mia...salah satu geng masa sekolah menengah dulu. dia ni klu nk tau, kwn yg paling kuat suaranya.klu brrcakap, satu kg leh dgr suara dia.haish! mmg x leh nk kecik kan volume suara dia ni.sampai skg pun sama jgk..tp disebabkan, dia lah, mmg ceria jer kami dibuatnya.pastu habit dia masa sekolah dulu, mmg suka sgt amik abg angkat la..adik angkat la...aduhai...letih aku tgk. nasib baik x terangkat.hehhee.
aku selalu tido umah dia.dia pun boring kdg2.biasa lah.nak berteman.ank bongsu mcm aku..kdg2 boring x der kwn.so, aku pun selalu la lepak umah dia.bergosip2 jer.huhu.family dia pun, mmg sempoi. mmg ngam ngn aku. mia ni adalah kwn yg paling awl kawin drpd geng2 aku ni. aku la jd pengapit dia. masa dia kawin ,aku menangis...sb sedih sgt, pasni dh x dpt nk tido ngn dia.dia dh ada laki yg teman dia tido pasni...huhu.. kelakarnyer aku ni kan..hehhe
skg ni, dia dh ada anak sorg dah...dh setahun lebih ank dia tu.makin tembam aku tgk dia. hehhehe.
apa2 pun mia, aku syg ko tau! wpun kdg2 ko ckp tu wat telinga aku pekak.ahaks!

 ini ialah shila...bkn shila mambo k! salah satu geng aku masa sekolah menengah. actually, aku kenal dia masa sek rendah lg.tp kami jd geng masa tktan 1...shila ni kwn aku yg cool jgk la...matang...x padan dgn kecik. dan dia seorg yg kretif. pandai btl melukis ke...klu kat kelas tu, dia lah yg wat jadual waktu yg kena tampal kat dpn kelas tu..mmg cantik dia buat. hihi.
masa time sekolah dulu, aku mesti singgah umah dia dn kami jln kaki sama2 g sekolah. umah dia kat dpn sekolah jer...yg paling special ttg shila ni, dia kawin dgn lelaki yg dia suke masa darjah 6 lagi tau...masa tu, dia mmg suka dgt dgn si ewan ni. tp x bercinta pun..dia pun masa sekolah dulu mmg ada bf lain..tah mcm mane lps sekolah tu, dia bercinta dgn mamat yg dia gile2 kan dulu..hahhaha. akhirnya shila!berjaya jgk anda kan...
dia diantara geng yg kawin awl gk la..lepas mia kawin, dia pulak kawin...jd dia jatuh nmbor 2 la...hehhehhee. skg ni, dh ada anak.kembar lagi tu...alhamdulillah....
shila, aku sentiasa ingat kat ko..klu aku dgr lahu too phat, mesti ko yg aku teringat dulu tau!hehhehehe.mmmuuuahh!

 ehem! yg ini ialah emma...seorg yg manja!anak cikgu raja..cikgu muzik aku masa sekolah rendah dulu..masa sekolah rendah kami x rapat pun..dia ni mmg popular la la..dr sek rendah sampai sekolah menengah. sapa x kenal emma...hehehe.. sb dia mmg dr darjah satu, mmg penyanyi kat sekolah. ketua menari pun...sgt pandai menari dan menyanyi. ingat lagi masa pertandingan nyanyian kat sek rendah dulu. aku dan emma nyanyi lagu yg sama tau...lagu siti nurhaliza..x ingat lak aku ape tajuknya..tp emma ni mmg suka nynyi lagu shila majid, sinaran...suare dia mmg sedap.
kami selalu hang out. lps sekolah tu mmg selalu je turun kL..sampai skg ni la..masih lagi.dgn kwn2 lain pun sama jgk..tp emma ni kdg2 mmg sukar dijangka sikap dia tu...aku pun x dpt nak baca perangai dia.tp dia mmg baik orgnya...dan pandai make up jgk tau...pasni ape2 event, aku akan panggil dia utk make up kan aku..hhhehhee.
dia masih lagi bujang..dan xtau la bila nk kawin.haish! nak kata x cantik, tp cantik giler..aku rs mmg byk lelaki yg suke kat dia.tp dia je yg jual mahal..hehhee
pastu dia ni, klu bwk keta, mmg menakutkan.nak terkencing aku bile naik keta ngn dia ni..huhuhu..
kepada cik emma, sy syg kamu.dan sentiasa doakan kamu bahagia dan dpt lelaki yg baik..insyallah...mmmmuuuaaah!! 

yg ini geng aku yg bernama fariza...manis orgnya!kwn dr sekolah rendah jgk..sek men pon sekolah yg sama.tp cuma lain kelas je..masa form 4 aku sama kelas ngn dia..
dia ni seorg yg sgt2 relax. n cool.. klu ada mslh, mmg mcm x ade mslh.relax jer..kdg2 perangai die mcm bdk2 pun ade..hehhehe.tp mmg dia ni x ade mslah dgn sape2 pun.. 
mmg gile bola la minah ni...arsenal mmg team kegemaran dia.satu2nya kwn aku yg giler bola.tp bila ajk main futsal, seribu alasan dok kasi.hehehhe. skg ni dia pun dh berubah..dh pakai tudung..alhamdulillah...last week kuar sama2 g beli tudung kat jln tar tu...huhuhu.
kepada fariza, kebahagian terletak pd diri sendiri..kita lah yg mencorak kan kebahagian itu.jg shafiq baik tau! hahhaa.aku bg nasihat ni, sb ko la!syg ko! mmuuuaaahhhh!!

yg terakhir sekali ialah apul.anak pakcik mazlan.hahaha. dia adalah satu2nya kwn lelaki aku yg sgt baik.kwn dr sek rendah. dia ni, mmg klu ada mslh ape2 pun, cari la dia. akn dia dtg secepat mungkin. mmg kwn yg sejati la..bkn senang nk cari kwn lelaki yg mcm dia ni. 
aku pun selalu tempah baju kat mak dia..mak dia pandai jahit. cuma aku pening ngn si apul ni. bila suh g interview keje, punyer la takut...aku pon x tau dia takut ape..haish! dh berbuih mulut aku nasihat dia. tp x nak jgk dgr.haish!
kepada apul, tlg la confident kan diri anda itu..aku mahu tgk ko berjaya pul! caiyoook! caiyook!



*mencari seorg kawan mmg senang, ttp mencari seorg sahabat mmg susah..hargai lah teman2 disekeiling anda....kepada kwn2 ku semua, i love u all so much! sahabat sampai mati ye!

Tuesday, December 21, 2010

perlu kah?harus kah?

salam..

topik hari  ni ialah harus kah??hahhaa

yer la..harus kah apakah itu??sj nak wat gempak...
aku ni cume tertanya2..perlu ke kita nak update status kat fb o twitter o ape2 lah setiap jam atau minit??
kdg2 aku tgk tu, status tah ape2 tah...
ade yg mengaib kn diri sendiri pon ade...ade tu yg ade bf, pas2 status, buat single.its complicated lah...
kesian aku tgk..mcm desperate sgt.konon2 byk la lelaki yg bole ngorat. klu umur dah nk cecah 30 tu, mmg nmpak sgt la desperate. 

                                                muka terkejut geli geliman time baca status.haha

kdg2 tu,ade status yg ckp, "lapar la...." klu lapar, g la mkn.haish. biasa la..org2 yg suke update status yg rupe ini, sbnarnya nk mencari perhatian. kesunyian dlm hati la katakan...huhuhu
x kisah la klu nk update skali skala,ni stiap 2 jam ,tgk2 status baru.lagi2 yg tgh keje.x ader keje ke??
status tu mcm " mlsnyer nk keje ari ni.." o " mngantuknya keje ari ni...". alahai...x ke mcm menunjukkan anda seorg yg malas?? ade juga yg update status yg mcm ni "fuck off!" mak ai...pompuan tu yg taip cm tu tu.. x senonoh kan.?? bile org tua baca, mmg la akan kata, x leh jd menantu ni... elok skit la klu nk marah pon...
ni dok taip rupe itu, dh org ckp, kurang ajar...mak bapak x ajar kot...x kan la...belajar tggi2 x kan la leh taip perkataan mcm tu...mungkin kurang didikan agama la tu...nau'zubillah...

yg bestnya, org2 gomen yg selalu on9 je aku nengok..mmg x der keje..aku tgk leh siap layan YM lg.x cukup ngn fb.hairan kan...mcm mane la nk meningkat kan produktiviti...klu dh staff pon mcm tu...bkn staff je,pangkat pegawai pon sama..x memberi contoh yg baik lansung. 
bkn nak mengkritik lebih2,tp ini lah realiti. mmg kebanyakan, org2 gomen yg suke on9 dr pg sampi la blk.tu yg ramai sgt berebut nak masuk gomen.
ade satu com swasta tu bagus. staff dibenarkan on9 selepas pkl 5 suku.kan bagus mcm tu...

                                                        

so far, kwn2 aku x der la mcm tu..tp ade la kwn aku punyer kwn yg add2 aku tu, wat status yg aku cite kan td..kdg2 aku tergelak menyampah pun ade bile baca status2 yg x berkualiti tu.aku cume elegik dgn status yg tah ape2 tu. yg memalukan diri sendiri. bg aku org2 yg suke update status tu,ialah lah org yg kekurangan perhatian dr keluarga ke...seolah2 mereka kesunyian.dan ingin kan perhatian .x semua status yg aku maksudkan..ada la segelintirnya...

                                                                   annoyed

kdg2 ade yg komen2 gambar sendiri yg berbau perasan pon ade..kelakar lak aku.
"gemok x ape,asalkan aku tetap cun ".alahai...angkat bakul sendiri la... "x cantik x ape,manisnya ada." mak ai.
klu ade org puji x aper..ni sendiri puji ma...geli geliman aku.ahaks! org2 yg terdesak je mcm tu...huhuhu

apa2 pon, matang skit la dr segi anda mengupdate status anda tu...jgn tunjuk sgt yg anda itu, dlm keadaan mcm mood anda tu..relax sudah...
                                                     mcm gambar ni,relax sudah...ahaks!

Monday, December 13, 2010

Tiga Belas Hari Bulan Duabelas

salam...

mesti anda tertanya apa maksud tajuk kat atas tu kan...hehe..actually,tu adalah tarikh anniversary perkenalan aku dgn hubby aku...13/12/2006.mmg aku xkan lupa tarikh ni...hari ni cukup 4 thn kami bercinta.hehehe.alhamdulillah...setelah percintaan pertama aku selama 7 thn,tidak berjaya,finally, cinta kedua ni, berjaya hingga ke jinjang pelamin...Alhamdulillah...
                                         
                                                        koleksi gambar dr thn 2007-2010
                                     2007                   2008                2009                2010

gambar2 ni adalah antara koleksi kami berdua..byk sebenarnyer..hihi.tp gambar 2006, xader..aku save dlm pendrive aku,malangnya pendrive tu hilang..haish!

mmg byk cabaran yg kami tempuh di dalam tempoh perkenalan hati budi masing2 tu...manis pahit,semua kami dah telan..cemburu tu mmg biasa la...lg2 aku ni mmg aktif kat epf tu.bole dikatakan aku ni kira popular lah!hahha.yer la..semua bidang aku cebur.menari,menyanyi,belakon..bole dikatakan semua lah.futsal mmg sampai peringakat mana2 tah aku pegi.tu yg kdg2 hubby aku tu jeles skit.t x aper..jeles skit2 je....huhuhu.aku pon kdg2 jeles gak dgn dia..sb dia tu pon aktif jgk..tp so far,dia x ade pon layan minah2 desperate yg nak try2 dia tu...heeeehehehe..alhamdulillah...

kami mmg suka join aktiviti yg kelab epf anjurkan.mcm hubby aku ni dia org kuat kelab tu.so,mana nak g ke,die mesti bwk aku..tp kdg2 tu malas jgk nk ikut...mcm pegi,panjat gunung ke...berbasikal ke...mesti aku ikut.best la spend time sama2..lg2 aktiviti sihat mcm tu..

                                                        koleksi gambar aktiviti kami dr 2007-2010
                                    2007                   2008                   2009                    2010

gambar 2007 tu kami g treasure hunt kat cameron,gambar 2008 tu plak,kami g naik gunung kat kelantan,pastu gambar 2009 tu kami kayuh basikal pusing kL dan gambar last tu,kami g naik bukit broga..
jadi kami ni mmg aktif la orgnya!hubby aku pon ada ckp,dia sukakan perempuan yg mcm aku.maksudnya,aktif la..aku pon suka dgn diri aku.hahhaha. ;p

pada thn 2009 ,kami buat keputusan utk bertunang..tarikhnya adalah pada 12/12/2009..kami nak ikat 2 bulan jer..tp waktu tu anak buah aku pon nak kawin...ingat nak kawin pd raya cina 2010 tu,tp terpaksa ditundakan,sb nak bg anak buah aku lps dulu..jd keputusannya,kami raikan perkahwinan pd 6/6/2010..alhamdulilah...
                                                         gambar masa aku bertunang
sekejap je masa berlalu kan....skg ni pon usia perkahwinan kami dah masuk 6 bulan...aku pon tgh mengandung 4 bulan...alhamdulillah...aku sentiasa berdoa pd Allah semoga kami dijauhi perkara2 yg buruk...semoga hubungan kami mendapat barakah dr Allah...dan semoga hubungan kami berkekalan...insyaallah... ;))

                                                            gambar selepas kahwin





                              

Saturday, December 11, 2010

untuk di kongsi bersama



Hati manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras. Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu. Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah.
Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-'e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya. Justeru itu, masalah akan ada di mana-mana tanpa dipinta, cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan belajar dari masalah tersebut.
Jodoh, adalah hal berkaitan dengan fitrah, mahu tidak mahu setiap daripada kita pasti dipaksa bergelumang meredah mehnah, suka duka, jerih perih sebelum bahagia dalam rumahtangga direalitikan. Manusia tidak selama-lama akan kebal, pasti ada satu saat dia akan tunduk, jatuh. Oleh kerana itu, Islam mengajar agar kita tidak sombong untuk belajar daripada alam, pengalaman, sirah buat pendinding kalis kecewa, sengsara, dan lara. Kita kian tenang dalam damai ketika mencari cinta Ilahi nan abadi.
Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi. Keluarga ibarat sebuah negara, suami ialah seorang pemimpin menerajui sebuah kerajaan besar, tidak boleh dipandang enteng. Berjaya atau tidak seorang suami itu dilihat berjaya atau tidak anak buah di bawah jagaannya.
Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidak-sempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama, syari-'at aturan daripada al-Quran dan as-Sunnah. Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita bermula, tetapi lebih penting di mana kita akan berakhir.
"Kali ini sudah dua kali peluang saya berikan, tapi abang masih tidak mahu berubah..." rintih seorang isteri bila mana tahu si suami main kayu tiga.
Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.
Salah kita juga, dulu bercinta bagaikan hilang waras manusia normal, bibir hanya berbicara kebaikan pasangan sahaja, memuji kecantikan pasangan. Bila dah akad, pasti kebaikan juga diharapkan, namun panas tidak selalu sampai ke petang, bila ada step tersilap, maka mulalah persoalkan ini dan itu.
Cabaran hidup berkeluarga tidak seindah yang diimpikan, khabar tidak seindah rupa. Tidak boleh menjadi idealistik. Banyak tanggungjawab harus dipikul, banyak keseronokan masa bujang yang terpaksa dikorbankan, karenah anak-anak yang bisa menggugat kesabaran. Bila dah berumahtangga suami isteri bukan sahaja berkongsi satu bilik, satu katil, satu almari, tapi juga satu rasa, satu tanggungjawab. Bebanan kewangan diatasi, dikoreksi bersama.
Di sini, cinta akan mekar berputik, kekurangan ada di sebelah pasangan dilengkapkan pasangan lain. Usia perkahwinan juga akan melalui pra-matang, maka dalam tempoh demikian, terlalu banyak agenda perlu dirangkumkan, apa patut didahulukan, dan mana patut dikemudiankan.
SEBELUM KAHWIN
Berusaha menjadi terbaik untuk mendapat yang terbaik, bukan menilai orang lain baik tapi diri sendiri tiada usaha menjadi baik. Maka segalanya dilakukan dengan usaha dan niat yang ikhlas, niat baik akan dipertemukan dengan takdir-Nya yang baik-baik. Kebaikan kita dinilai oleh masa, kalau umur dah berginjak 20-25 tahun, tapi masih bermain PSP, baca majalah mangga, belek komik bersiri, bukankah teramat jauh untuk jadi baik.
Allah Taala berfirman, bermaksud: "...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat)" (Surah An-Nur, 24:26)
Benar kita boleh berlakon, depan orang cerah perut ibu mengandung, tapi sampai bila, tembelang kalian pasti dapat dihidu, bila dah kahwin semua itu sudah tiada lagi, kembali pada perwatakan sebelumnya.
Kalian berhak memasang cita-cita, memiliki isteri mampu menjaga pakaian dan makan minum, mendamba isteri rajin bertadarrus al-Quran dan bertahajjud malam, isteri rajin dalam kerja-kerja dakwah, mengimpikan isteri melahirkan zuriat soleh dan solehah, menginginkan isteri berkongsi suka dan duka, kalian boleh buat demikian, tapi sanggupkah kalian juga menjadi seperti apa seorang isteri harapkan, menemani di kala tahajjud, menyediakan pakaian dan makan minum, menjadi pemimpin baik buat dirinya dan anak-anak yang soleh dan solehah.
Mereka bertadabbur, dan memahami kalam Allah satu ini;
Allah Taala berfirman, bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan..." (Surah An-Nisaa', 4:34)
Menetapkan niat untuk menjadi lelaki yang baik untuk keluarganya serta hasrat untuk melahirkan generasi baru yang membawa ad-Deen merupakan usaha yang murni. Sudah tentu usaha sedemikian memerlukan keteguhan dan kecekalan serta usaha yang berterusan sambil memohon pertolongan Ilahi. Niat yang baik akan menatijahkan hasil yang baik.
Seorang lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan maskulin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan feminin.
Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga. Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores.
Tiadalah itu satu harapan yang melangit, melainkan rasa ingin merealisasikan sesuatu yang sudah berkurangan dalam kehidupan insan hari ini. Rasulullah s.a.w dalam kesibukannya berdakwah dan menjadi penghulu ummat juga mampu memenuhi hak-hak keluarganya, dan membina satu keluarga Islami yang bahagia, maka kita juga berusaha untuk menjadi seperti baginda.
Saya tidak setuju kalian bercinta sebelum kahwin. Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.
Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu. Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar. Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.
Sanggupkah kalian bercinta?

Hari-hari ku yang ceria ;)

Salam semua...

huh!lama jgk update blog ni.maklum la..busy je memanjang..hehhe..
nak share story skit ni..

pejam celik.pejam celik,dah masuk 4 bulan pon kandungan aku ni..morning sickness pon dah ok...Alhamdulillah...kelmarin aku g check up kat tawakal...scan perot ni..Ya Allah....Alhamdulillah,nampak dah sifat2 anak ku tu...nmpak kepala,badan,tulang belakang dan kaki die...keadaan bayi tu seolah2 tgh bersujud...masa doc scan tu, rasa mcm nak menangis je..mcm x percaya je,ada satu nyawa dlm perot aku ni..hubby pon ada masa tu..muka dia hepi je... pastu, nampak la,kaki die bergerak2..pas2 die, luruskan kaki die...eeee...doc ckp, "kaki dia panjang ni...mcm kaki awk....".hehehe
soo sweet! comel sgt! nampak dgn sgt jelas.. Ya Allah...ini lah bukti kebesaran Mu...
semoga anak ku ini sihat sempurna sifatnya..Amin...

                                                 lebih kurang mcm ni la masa scan tu...

blk dr tawakal, g pj..jumpa member2 ofis lama..best giler! dorg x percaya aku preggy.sb dorg kata,perot aku kecik...hehhe.tgk la aku n hubby aku mcm mane..kan kitaorg ni kecik...kang dpt laki beso, penyek la aku mcm ayam penyet.hehhe
tp kakak2 tu kata, first baby,mmg perot kecik..tp x aper..as long as, ibunya sihat ok la...kami borak pasal anak jer...dulu ms  x kawin lg, asyik tnya bila nak kawin la..itu la..skg topik wajib,pasal mengandung la...hospital la...hehheh..manis sungguh kehidupan ini.. ;))

blk dr pj tu, aku ajak hubby g mkn teppanyanki n nonton movie kat mid valley...mcm dh lama je x nonton movie..hihi..nak tgk cite ngangkung,tp kakak2 kat opis td tu,x kasi..dorg suh nengok cite hantu kak limah balik rumah..hahhaha.kelakar giler la cite tu..lagi2 hati aku tgh hepi je dr pagi tu...lagi bertambah hepi bile tgk cite tu..pecah perot aku dibuatnya!haish!

pas abis layan movie, apa lagi...shopping la! abis lima ratus jgk la..pantang masuk butik ELLE, abis aku borong!haish! ni yg malas ni... pastu mata ni ternampak plak, butik CK..hurm..apa lg..beli la seluar jeans..x padan ngn pregnant.beli utk lepas bersalin nnti la beb...hahhaha. masuk MNG.wah! sales! 70% tu! mana leh tahan..beli baju yg aku bole pakai time pregnant ni kan.. kalau ikut nafsu, mmg abis duit aku aritu...hehehhe..

baju baby, tggu bonus cukup bln ni yer...geram jgk tgk.tp mcm awal sgt je nak beli.. lagi pon, x tau jantina 
dia apa kan...apa2 pon, ujung bulan, bonus masuk! yahooo!! ish.Alhamdulillah...;D