Syukur alhamdulillah,aku telah selamat melahirkan baby girl...Allahuakbar!!rasa mcm x percaya aku dah menjadi seorg ibu...pengalaman semua ni mmg sgt2 istimewa...bkn semua org boleh mengalaminya...oleh sebab itu aku terlalu bersyukur kerana telah dilimpahkan anak sebagai pelengkap kasih aku dan hubby....kejap sgt rasanya masa berlalu..berkawan dgn hubby pada tahun 2006 dan diijabkabulkan pada 2010 dan kini kami dikurniakan anak..terima kasih Ya Allah! Kau telah beri aku sesuatu yg amat bernilai. (^_^)
di sini aku ingin menceritakan bagaimana saat-saat kelahiran cahaya mataku....
- 11 mei 2011 - waktu ini usia kandungan ku ialah 38 minggu..pagi tu aku ada check up dgn doc ros..apa yg dia buat waktu check up tu,dia 'selok' bawah aku utk melihat berapa cm serviks dh buka..katanya dah 1cm...so,dia menyuruh aku blk dan siap bagi mc lg selama 3 hari..doc ros kata jumpa lg pd 17 mei pagi...huhuhuhu. aku ckp dgn hubby,sy sihat dan sy nak pegi kerja..hubby x kasi..jadinya,dok umah je la aku...syok!~~
- 17 mei 2011 - aku berjumpa lg dgn doc ros...dan mcm biasa die check lg pembukaan serviks.kali ni mmg betul2 sakit.sampai meleleh air mata aku... :,( dan kata doc ros, dah buka 2cm..kata doc lg,rasanya awk akn bersalin malam ni atau esok..aku pun diam je la..aku dan hubby pun blk la..sblm blk ke rumah kami pergi breakfast dulu..aku rasa perot aku dh x tentu arah pulak..sakit mcm sengugut.sblm doc check tu,x sakit apa pun..bila blk umah,aku pun terbaring je la.menahan sakit.sakit dia 5 minit sekali.menurut buku2 pregnant yg aku baca,klu dah sakit 5 minit tu,maknanya dh nak bersalin.aku pun tahan je sakit.sb kata doc,klu ada pendarahan baru pergi ke hospital.tp sampai ptg aku dok thn sakit,sampai x thn lg,aku pun call la hospital al-islam..dan nurse tu suruh aku ke hospital..lps mkn mandi semua,aku dan hubby bergegas ke hospital...dan aku ditahan kerana mungkin dah nak bersalin...huhuhuhu..perut makin x tentu arah..nurse suh aku solat dan rehat..dlm waktu sakit tu,aku sempat tnya pada nurse tu..kenapa tiba2 aku rs sakit lps doc check pg td?nurse tu ckp,sbnrnya doc dh kacau hormon aku utk aku bersalin..doc xnak tggu hingga 40 minggu iaitu 10 bln..kira aku ni dipaksa bersalin la..hurm...begitu rupanya...mlm tu lepas solat isyak,aku diberi ubat tahan sakit..dan aku tido..hubby temankan aku mlm tu...sian dia tido ats sofa kat bilik aku tu...
- 18 mei 2011 - pukul 1 stgh pagi aku terjaga dan perut start sakit blk...tp aku thn je..bacaan zikir mmg x lps dr mulut ku...sampai la ke subuh,lepas solat subuh tu aku diberi breakfast..dalam pukul 8 pagi doc pun dtg check aku...mcm biasa lah.check berapa serviks dah buka..kali ni doc norlida yg check..mmg x sakit sgt bile doc norlida check...die ajar mcm mana x nak rs sakit...tq doc! lepas doc check tu,dia kata dh buka 3 cm...so dh boleh bersalin ni..doc ckp ngn bidan tu,suh kasi aku ubat buang air besar dan masuk bilik bersalin.lps je bidan tu masuk kan ubat buang air besar tu,x sampai minit aku dh x thn nk ke toilet.huhuhu..pas selesai je ke toilet,aku pun dimasukkan ke bilik bersalin...en.hubby pun teman kan aku...lps tu bidan pecahkan air ketuban aku..bila ketuban dh pecah,perut aku pun mula sakit.dan aku dinsaihatkan oleh doc norlida utk mengambil epidural..iaitu ubat tahan sakit..lepas je sain borg epidural tu,doc bius pun dtg..cun tu..doc tu kata,tiga2 anak sy,sy amik epidural.klu x amik,mmg 100 kali ganda sakit tau...kata doc tu pd aku....huhuhu..x kisahlah.asal kan,aku x sakit sgt.hehehe..en.hubby dh agak bosan menunggu,bilakah aku akan bersalin...sian dia...tp dia x bosan sgt.sb ada akak aku,mak n lisya kat wad aku tu...sementara menunggu aku,en.hubby boleh lg main dgn lisya.. ;))
| menahan sakit(^_^) |
- jam menunjukkan hampir pukul 1 ptg..perut aku dh x tentu arah.rasa nk terbuang air besar pun ada.tp sgt sgt.itu dinamakan kontraksi.setiap bape saat je aku dh sakit sgt.bidan tu pun check bwh aku.dia kata dh buka penuh ni..bidan suruh pembantunya call doc norlida..bila doc sampai je,aku dh ready utk bersalin.en.hubby ada disebelah aku..setiap kali ada kontraksi,aku disuruh meneran.doc kata teran mcm sembelit.hahhaha.kepala otak aku uku pun dok serabut sgt.dh la sakit.pastu kena pk mcm mana nk teran sembelit.kelakar betul.tp mmg agak sukar utk meneran.tenaga mcm dh abis.en.hubby sapu air zam2 dimuka aku dan menyuruh aku minum air utk mendapatkan tenaga semula...hampir 44 minit aku mengambil masa utk mengeluarkan bayi aku...pada jam 1.44pm,bayi perempuan dan seberat 2.73kg, alhamdulillah anak aku dah keluar!!!masa tu sgt lega.sakit dh x rasa apa dah..en.hubby mencium pipi dan dahi aku beberapa kali..syukur Ya Allah..aku selamat dan bayi aku pun selamat...masa doc menjahit bwh aku tu,aku lnsung x rasa apa.sebabnya,aku dah penat...siapa saja yg telah merasakan melahirkan bayi,tahulah mcm mana penatnya utk mengeluarkan bayi dari perut kita tu...sementara menunggu bayi aku dimandikan dan aku dibersihkan,en.hubby pergi solat zohor dan sujud syukur terlebih dahulu...selesai je solat,en.hubby mengiqamatkan dan tahniq bayi aku...Alhamdulillah....
| selesai iqamat.aku memandang anakku dgn kasih syg.... |
| nur qistina miasara |
org yg paling hepi ialah en.hubby..masa kandungan aku berusia 36 minggu,dia lah org yg paling x sabar nak tggu baby dlm perut ni keluar..huhuhu..aku sgt bersyukur kpd Allah kerana mengurniakan aku zuriat sebagi pelengkap kasih kami..mmg inilah dikatakan rezeki.aku sgt bertuah kerana dpt menjadi seorg ibu...rasa syukur ni betul2 x dpt digambarkan.sekarang ni aku tgh berpantang.hari ni,hari ke 13 aku berpantang.pantang bknlah masa utk aku merehatkan diri.mmg penat.tp Alhamdulillah ada en.hubby yg selalunya dialah yg bgn tgh mlm bila qis nangis nak susu atau kena tukar lampin.en.hubby jgk selalu mendodoikan qis..thanx syg...
aku juga ingin berterima kasih pd doc norlida,bidan dan nurse2 di Al-Islam specialist hospital yg byk membantu aku.juga terima kasih pd kak yah,mak n alisya kerana menunggu aku dari pg sampai lah mlm.kepada kwn2 aku yg dtg melawat mlm tu jgk....tq so much!
| mak n lisya |
| kakak aku dan anak buah baru. |
| my bff |
| abg achong.lawatan bls katanya! ;) |
| ciuman seorg ayah.... (^_^) |













