Followers

My Life

Friday, April 15, 2011

harus bersabar kak...

hari ni kat opis,pagi-pagi lagi aku dah tgk muka sorg kakak kat opis ni masam jer...mula2 tu takut nk tegur..tp masa time break tghri tu,aku pun tegur la dia...aku tnya lah kenapa masam je dari pagi...pastu dia pun mula bercerita...

katanya,dia sedih sb ternampak gambar anak perempuan dia kat dlm fesbuk yg sedang berpelukkan dgn seorg lelaki di dlm swimming pool.gambar yg dia tgk tu dr fesbuk anak dia yg lagi sorg...dia sedih sb x sangka anak dia boleh peluk2kan dgn lelaki yg bkn muhrim dan kat dalam air pulak tu...tudung dah terbang ke mana.aku hanya mendgr saja luahan hati dia ...katanya lagi, x sangka anak dia yg bertudung tu,boleh menunjukkan perangai yg x baik.dari cerita akak tu lagi,mmg anak dia ckp nak pergi bercuti dgn kwn2 dia..tp x tau pulak,ada lelaki yg ikut.

so,bila nampak gambar2 tu,akak tu rasa nak marah sgt.cuma dia x tahu,di mana kesalahan didikkan dia terhadap anaknya itu...dia sgt malu,takut2 nnti ada yg kata dia tdk pandai menjaga anak.
aku pun x tau nak kata ape...aku cuma kata,biasalah bdk2 skg ni...dh x tau mana dosa dan mana pahala..byk2kan berdoa utk anak akak tu...doa seorg ibu ni mmg mujarab.yg penting kena sabar.aku pun x dpt bygkan sgt gambar 'peluk dlm swimming pool' tu....haish!entah lah.dah x reti malu bdk2 skg ni.Na'uzubillah...

apa yg perlu kita amik perhatian kat sini,fesbuk tu ada baik,dan ada buruk.klu x nak org lain nmpak sikap kita yg keterlaluan ni,jgn lah letak gambar2 yg boleh menimbulkan fitnah dr org sekeliling.padahnya,jadi mcm ni la.kesian mak bapa kita.x kan nk tutup mata kuncikan mulut je bila tgk gambar anak sendiri berpelukkan dgn lelaki yg bkn muhrim.

utk renungan :-

untuk adam..
andai mahu mencari hawa..

  •  jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.. 

  •  jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

  •  jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..

  • jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

  • jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

  • jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

No comments:

Post a Comment