Followers

My Life

Showing posts with label Indahnya islam. Show all posts
Showing posts with label Indahnya islam. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Berkat

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT..

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri  selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat,  masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila  pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat,  kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam  kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU  manusia mula mengubah tabiat.










Apabila manusia telah mengubah tabiat,  
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi  ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat,  orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik  bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin  nak kaya cepat,  orang tua pula nak mati lambat.
Apabila  orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.  
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.  
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.  
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai  baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan  lagi batasan aurat. 

Pakai pulak yang singkat-singkat.  
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. 






Bila  jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. 




Silap gaya jadi  gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian  pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai  tersekat-sekat.





Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan  malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita  buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis  dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat. 






Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di  
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.


Dia  kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.  

Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para  sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua  akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.  
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu,  sindri mau ingat.  





Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman  muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta  dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat....? 












Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera  
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.


*sebab itu,apabila kita mendapat hidayah utk berubah,berubahlah...jadi lah anak yg soleh/solehah..kerana anak yg soleh/solehah itu,akan mendoakan ibu dan bapanya..bila ibu dan bapa kita tiada lg kat dunia ini,ibu dan bapa kita di dlm kubur itu akan menangis jika melihat anak2 nya tdk mendoakan mereka...Waallahualam...

Tuesday, May 3, 2011

Siapakah orang2 itu?

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya   
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s                                      
                                                                                                           
 Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa  
 musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil                                  
 berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.                            
                                                                                                            
 Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa  
 akan kenikmatan dunia yang sementara ini.                                                                  
                                                                                                           
 Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa     
 menumpuk-numpukkan harta.                                                                                 
                                                                                                           
 Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih     
 berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...                                                    
                                                                                                            
 Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 
                                                                                                            
 Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah  
 orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.    
                                                                                                            
 Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit     
 adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...                   
                                                                                                           
 Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga     
 kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka...                     

Saturday, April 9, 2011

Pesan mak

Alhamdulillah....kandungan ku dah berusia 8 bulan seminggu...insyaallah dgn izin Allah s.w.t hujung bulan ni cukup la 9 bulan.... :)

dari awal kandungan lagi,mak selalu pesan...jgn tinggal solat...jgn lupa mengaji Al-Quran...yer mak...sy buat apa yg mak pesan tu.... ;D mak ckp,ada byk surah al-quran yg boleh memberi kesan pada bayi dlm kandungan...Alhamdulillah setakat ni,mmg aku x tinggal mengaji.klu dekat opis tu,x leh nk mengaji,aku hanya mendengar I Pod yg aku telah download surah2 Al-quran..so,tgh2 buat kerja tu,aku dgr la bacaan2 suci Al-quran tu...klu tgh drive aku dgr alunan zikir atau nyanyian nasyid je...salah satu lagu maher zain... ;)) bila dgr bacaan2 suci Al-quran tu o dgr zikir2 tu,tenang je rasa hati....

byk surah2 yg anda boleh baca ketika mengandung nanti..antaranya :-

  • Surah Al Fatihah- utk terang hati dan kuat ingatan
  • Surah Mariam- utk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yg sabar dan taat
  • Surah Luqman - utk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa
  • Surah Yusuf - utk memperoleh anak yg cantik rupa dan cantik akhlak
  • Surah Hujurat - utk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
  • Surah Yaasin - utk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dgn godaan syaitan yg mengajak kepada MAKSIAT
  • Surah At Taubah - utk membersih jiwa dan terpelihara drpd MAKSIAT
  • Surah An Nahl - utk melahirkan anak yg berdisiplin.
Ha...mmg elok sgt la amalkan surah2 ni...Insyaallah,nanti anak akan jd anak yg soleh....pesan mak lagi,cari nama anak tu yg ada maksud yg baik...kerana anak akan menuntut nama yg baik di hari akhirat nanti....pastu mak ada pesan lagi...bykkan makan makanan yg baik2..mcm kurma dan kismis..hehhee..mak...sy mmg mkn pun.. ;)


erm,bkn setakat baca saja..time2 mengandung ni,elok jgk tgk rancangan2 yg berfaedah.mcm rancangan agama ke...aku pagi2 after subuh tu,suka sgt tgk rancangan tanyalah ustaz kat tv9..pastu hari khamis mlm suka sgt tgk rancangan semanis kurma.aku mmg minat dgn ustazah nor bahyah tu...husband aku pun suka jgk... ;)


terima kasih mak..harap2 info kat atas tu berguna utk semua.. ;)  renung2kan,selamat beramal... :D

Thursday, March 10, 2011

Nak ajak anda berzikir! ;)

# Berzikir mmg elok utk mencuci hati dan dpt ketenangan jiwa ....so,marilah berzikir... ;D




utk hari isnin

utk hari selasa


utk hari rabu

utk hari khamis

utk hari jumaat

utk hari sabtu

utk hari ahad

Friday, March 4, 2011

khutbah jumaat

 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu dia tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya." 
 
Abu Daud dan at-Tirmidzi
 

Huraian:
  • Seorang muslim mukmin yang sebenar sepatutnya menjauhkan diri daripada perbuatan keji dan mungkar serta mencegahnya, bukan terus duduk bersama orang yang berbuat maksiat kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa mereka redha dengan maksiat dan kekufuran yang dilakukan.
  • Membiarkan perlakuan maksiat merupakan satu maksiat (dosa). Perbuatan ini akan mengundang bala daripada Allah SWT yang akan menimpa bukan sahaja ke atas pelaku maksiat semata tetapi terhadap semua anggota masyarakat.
 
  • Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan adalah satu bentuk tanggungjawab sosial. Ini bukanlah untuk menjaga hal ehwal (tepi kain) orang lain melainkan untuk memelihara kepentingan bersama kerana keharmonian dan ketenteraman dalam masyarakat hakikatnya dapat menjamin kehidupan yang aman dan damai bagi seluruh penduduk sekitarnya.

*dipetik dari ceramah di surau epf di pagi jumaat utk dikongsi bersama.renung-renungkanlah...

Wednesday, March 2, 2011

Perubahan

Assalammualaikum...

hati sgt tersentuh bila ada yg mengatakan perubahan dlm hidup aku skg ni...perubahan yg positif ok...Alhamdulillah ats kenyataan tersebut.mlm td chatting dgn ex class mate aku time skolah dulu...kitaorg ni kira satu geng jgk la...tp lps je skolah,dh xtau cerita.masing2 wat hal sendiri.tp time raya,ada jgk la dtg rumah dia...

kami ber 'ym'...then,kami berborak ttg hidup masing2..erm,dia minta pendapat aku.sb dia nak kawin.hahhaha..dia tanya la mcm2..mcm mana life after married...aku jwp la ok.seronok jer...dia kata pd aku,yg dia takut nak kawin...dia takut klu x dpt menjadi wife yg baik...
aku jwp lah,klu takut dilambung ombak,jgn berumah di tepi pantai.wah...bermadah segala plak aku kan...hahhahaa..aku cuma ckp,sebelum buat keputusan utk kahwin,lebih baik buat solat istiqarah dahulu...dan solat hajat..supaya diberi petunjuk bahawa apa sj keputusan yg kita buat tu betul....Allah itu maha mengetahui..antara matlamat perkahwinan adalah utk menyalurkan nafsu seksual manusia ke jln yg diredhai dan diberkati di samping ia membantu dlm meningkatkan umat manusia di alam ini.bkn melepaskan nafsu semasa anda di alam percintaan.berdosa namanya tu kwn2.....

lepas tu dia kata,dia x pandai masak...aku pun jwp,x pandai boleh belajar..semua org bole masak,cuma beza,sedap atau x ajer...klu rajin,makanan yg kita msk tu,lama kelamaan akn menjadi sedap la...

mmg rumah tangga ni byk cabaran dan dugaan..tp klu kita takut utk menempuhnya,bermakna kita sgt rugi.perkahwinan bukanlah ertinya perjudian.sapa yg ckp?
klu ada bersetuju dgn makna perkahwinan tersebut,bermakna dia menidakkan sunnah nabi. Nabi Muhammad S.A.W bersabda yg bermaksud,

"barang siapa menikah,maka ia telah melengkapi separuh dr agamanya dan hendaklah ia bertaqwa kpd Allah dlm memelihara yg separuhnya lagi,"(hadis riwayat thabrani dan hakim)
islam ni sgt lah senang.klu kita melalui segala cabaran dan dugaan hidup ini,dgn berlandaskan jln yg betul,insyaallah,segalanya akan berjln dgn lancar.senjata yg paling penting dlm rumah tangga ialah,solat dan doa.rumah tangga akan lebih dirahmati sekiranya,diselitkan dgn solat berjemaah bersama suami,dan mengaji.klu rumah tidak dihiasi dgn ajaran islam,itu lah penyebabnya kehancuran atau keretakkan rumah tangga tersebut.

wah..dah mcm ustazah plak aku ni...hehehehhe..aku sgt bersyukur dgn apa yg ada dlm hidup aku skg ni...bila aku nasihat mcm2 pd kwn aku tu,dia kata,yg dia sgt tersentap.ahaks!sbnya  aku ni sgt berubah.Alhamdulillah...dan dia mengatakan,dlm byk2 kwn yg dh berkahwin,aku adalh paling berjaya.mak ai!sungguh besar pujian itu...aku hanya menjwp,perjalanan aku masih pjg...aku baru sj menempuh fasa pertama..

mmg aku dulu pegi club..tp aku x minum ok!Alhamdulillah masih lg aku pandai menjaga diri sendiri dan masih lg ingatkan tuhan.dan yg penting aku tdk menjualkan maruah aku pd lelaki.wlupun 'bf' sndiri!
dlm hidup ni,kita harus ada perubahan.perubahan yg baik lah...jgn lah terpesong ke arah yg  teruk pulak...perlu memperbanyakkan menonton rancangan2 motivasi dan ceramah agama..ianya utk muasabahkan diri kita,dan memberi kita petunjuk...

agama islam ni senang je..bkn kita menyenangkan agama islam tersebut k! klu salah disisi agama,baiklah kita tgglkan..mcm berzina.klu belum berkahwin tu,jgn lah kita menjual maruah diri tu pd bf kita.walaupun bf!jgn sesekali k! tdk malukah kita dgn tuhan,bila kita lakukan perkara tersebut??Nau'zubillah....


haish...dh lari tajuk plak dah..byk jgk lah nasihat yg aku berikan pd kwn aku ni...aku sentiasa doakan kwn2 aku bahagia dunia akhirat..


aku sgt bersyukur kpd Allah krn org disekeliling aku adalah org yg baik2...di ofis,aku berkwn dgn sorg kakak ni,yg berumur 40thn.dia byk nasihatkan aku ttg hidup dan hidup rumah tangga ni..nasihat2 kat ats tu,dia lah kasi...hehhehe..kdg2 mmg kita perlu berkwn dgn org yg lebih tua dr kita,krn ianya akn membantu kita utk menjadi lebih baik.aku pun sgt bersyukur dilimpahkan keluarga yg bahagia...mak dan adik beradik aku..kakak aku pun byk beri aku nasihat.syukur aku ada kakak mcm ni...peganggan agamanya sgt kuat.pernah dulu ms zaman muda remaja,aku tindik telinga sampai 3,dia marah gila2 kat aku..yer la.teguran itu kan perkara yg baik.nasib baik aku x pakai tatu ke...dh tentu2 haram kan tatu tu!ish....


pada kwn aku tu,semoga hidup anda diberkati Allah...yg penting,berdoalah pd Allah s.w.t...


Waallahuallam.....

Sunday, February 27, 2011

Musibah dan Kifarah

Musibah adalah satu kejadian yg buruk dlm hidup kita...pernah x sesekali kita terfikir musibah yg dtg itu adalah sebagai peringatan kita terhadap Allah s.w.t.. kdg2 Allah memberi kita ujian utk kita menjadi lebih kuat dan sentiasa ingat kpd Allah..pernah x bila kita ditimpa musibah,baru lah nak mencari Allah..atau pun kita menyalahkan takdir Allah...Allah tdk akan memberi kita ujian sekiranya ujian itu tdk bersesuaian dgn kekuatan jiwa kita..Allah masih sygkan kita jika Dia memberi kita ujian,utk kita kembali kepadaNya sekiranya kita telah terpesong jauh dr agamanya..

kdg2,kita ditimpa musibah,dgn kemalangan jln raya,diragut,kehilangan seseorang ataupun lain2 la...sepatutnya apabila kita ditimpa apa2 musibah,kita perlu merenungkan kembali atau muasabahkan diri apakah yg ada dlm hati kita atau apakah dosa yg kita lakukan sepanjang hidup kita ini..kerana kdg2 musibah yg hadir pd diri kita ini adalah kerana dosa2 yg kita telah lakukan.itu di sebut kifarah.kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yg dilakukan oleh hambanya..sama ada kita sedar atau tidak,kifarah ini jg dtg dr sakit2 yg kita dpt.tdk kira lah sakit itu utk tempoh yg pjg,atau pendek bergantung kpd ketentuan(qada'). sebenarnya,apabila kita mendapat musibah atau kifarah ini,ianya akan mendapat cuci dosa2 yg kita ada...
Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)

 sebab itu kesabaran itu penting.sabar itu adalah separuh drpd iman..kuatnya iman kita diukur bagaimana kita mengawal kesabaran diri kita...
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.

setiap hari sblm tidur kita perlu memikirkan apa yg kita buat satu hari ini..ia dipanggil muasabah diri..kerana kita perlu memikirkan kebaikan atau keburukan yg kita telah lakukan setiap hari.ia juga boleh mencuci hati kita..tdk dinafikan setiap perkara yg berlaku mempunyai hikmah tertentu dan sebab yg munasabah.namun pada hakikatnya disebalik fakta2 yg dpt diterima akal rasionalnya qada’ dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia..


"Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara..."
 
lagu dr Afgan.renungilah liriknya..

Saturday, January 8, 2011

Grassias kakak ku! (;

Assalammualaikum...

firstly, nk berterima kasih sgt2 pd akak ku yg sweet tu membelikan aku buku panduan utk ibu mengandung. 
buku dr Ustazah Siti Nor Bayah Mahamood. aku mmg minat giler dgn ustzah ni. selalu tiap2 mlm khamis tgk program semanis kurma kat tv9 tu. tp mmg buku tu bagus sgt dan byk memberi panduan pd sesiapa yg mengandung. apa yg kena buat, apa yg kena jauhi. huhuhu. Alhamdulillah, so far, byk gak yg aku belajar ttg adab2 ibu mengndung ni. hehhehehe

ini lah bukunya.


pastu tq jgk kat akak ku lg, kerana membeli sebuah cd zikir mnunajat dr Ustaz Amal. mmg best. i like!
akak aku kata, org mengandung, elok dgr benda2 mcm ni... tp mmg best zikir ni.. ala... yg dlm astro oasis tu.. program indahnya iman. program sebelum azan. kan ada bacaan zikir. ustaz ni la.. aku ada ckp kat akak aku yg aku suka dgr zikir2 tu, pastu dia p beli pulak.. time kacih akak ku.. 

zikir munajat dr ustaz amal

sbnarnya, akak aku ni jenis islamic skit.. dia la byk jgk ajar aku ttg agama ni.. bkn la aku ni jahil sgt. tp apa2 yg elok tu, dia mesti ckp. syukur sgt aku dpt akak yg mcm ni.... dulu time aku belum kawin, dia pon byk la nasihat aku mcm2.. jgn pakai baju seksi2.. dia x paksa aku pakai tudung, tp dia ada la nasihat skit. Alhamdulillah aku dikurniakan dan dibesarkan dlm keluarga yg ada agama, sedikit sebanyak dpt aku ingat ilmu akhirat ni. skg ni pun byk lagi nk kena belajar psl agama.. Insyaallah.. (;

Sunday, September 19, 2010

Perkahwinan??

perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul atau bercampur.menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh islam.Perkataan zawaj digunakan di dalam al-quran  bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan ZINA.

Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi membiakkan manusia untuk memerintah bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith,perjanjian lama dan perjanjian baru turut menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, “Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya”.
Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masi’ud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, “Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu.” Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan.

Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.

Allhamdulillah aku pun telah melakukan perkara sunat ini....sebelum menunaikan nya,elok lah membuat solat istiqarah dahulu...supaya apa yg anda ingin lakukan,diberi petunjuk oleh Allah swt...
kadang2 aku tgk ada yg takut pada perkahwinan..kenapa ingin ditakutkan??ye la...ade diantaranya takut,nnti cerai berai la...itu semua negatif!klu belum melaluinya,kenapa nak menilai.??sb ada diantara keluarga atau mak bapa anda sendiri telah lalui nya??astaghfirullahhalazim....itu adalah takdir mereka...jgn lah kita cuba nak sama kan takdir kita sama dgn org2 yg perkahwinannya x berjaya tu....sgt kesian sbnrnyer dgn org2 yg pemikirannya sebegeni.....huhuhuhu
ada tu dh mencecah umur 30 thn tp x kawin2 lg..terutamanya perempuan..nak jd andartu kot...klu alasan yg kukuh x kawin2 lg tu x per...nak sara keluarga ke....ini  sb takut!haish!bile wat maksiat,x takut pulak....ish.ish.ish...kan lebih elok klu dh bernikah,drpd keluar sane sini bwk anak dara org ke hulu ke hilir...
klu x sampai jodoh lg tu,x per la..ni klu dh bercinta 4,5 thn tp x kahwin2 lg ape pulak alasannya...??x ade duit??hurm,itu no komen la...klu dh bekerja 6,7 thn xkan x der duit lg kot....klu x mampu,jgn sibuk nak mengkritik perkahwinan org lain....klu buat besar-besaran pun,jgn sibuk nk mengata...dn klu buat kecil2 lan pun,jgn nak bersuara..ikut kemampuan keluarga masing2...yg penting niat dlm hati.jgn niat buat besar2an sb nak riak atau menunjuk2 sudah la...kite ni hidup bermasyarakat.mungkin klu kita tidak suka atau suka sgt mengkritik kenduri seseorg tu,esok2 jd jgk kat adik beradik kite...sepupu kite..saudara kite...dan kwn2 kite!nnti bile ada diantara keluarga kita yg buat besar2ran,xkan kita nak mengutuk jgk??klu dah x mampu tu,buat cara x mampu..klu kite suka bersederhana,buat la sederhana..yg penting tu,nikah aje...

lain2 org,lain pemikirannya..ada yg ckp,kawin ni hanya sekali seumur hidup..so,mesti nak buat besar2an...ha...klu mampu,ape salahnyer...jgn jd "biar papa,asal bergaya" sudah la kan....bagi aku ,ikut bajet keluarga...
ada yg letak hantaran tinggi2 tu apesal..???nak letak byk2 pon wat ape...belagak jgk namanyer kan.??klu kenduri wat besar2 dok mengata,klu hantaran beribu2 x nak pulak mengata...haish!ini la manusia...nak cari kesalahan org lain,nombor satu..tp diri sendiri,ape kurangnyer....so,anda yg suke berkata2,mengkritik org tnpa sb tu,taubat la...nk berckp bole.ckp dlm hati jer.jgn sibuk nak kongsi dgn org lain.sb kwn2 kite,saudara2 kite mungkin terasa hati...seolah2,mak bapa x ajar supaya hormat perasaan org lain....

memang alam rumah tangga ni byk dugaan nya...ape yg penting,kita berpegang pada agama...solat 5 waktu tu,tiang kebahagian rumah tangga...klu anda percaya pd Allah,insyaallah,x kan ada ape yg berlaku...tanggungjwb seorg suami membimbing isterinya ke jln yg benar..selalulah berdoa pd Allah..ini,sembahyang entah ke mana,semua tah ke mana..isteri harus membantu suami..bkn nak membebankan suami.nak itu la.nak ini la..capai ape yg mampu dulu..isok2,Allah bg rezeki lain pulak...lg satu,rezeki tu pon,dtgnya dari yg Maha Esa...Mmg islam menggalakkan kekayaan..tp kekayaan itu perlu dibawa ke jln yg betul....baru berkat hidup....

kalau nak bercakap tentang hukum hakam dalam bermulanya majlis perkahwinan,mmg subjektif...mcm saya ckp td,kita hidup bermasyarakat...x semua ape yg kite ckp tu,semua org bole terima...klu nak berckp ttg agama,sila lihat keluarga anda dahulu...adik o kakak2 anda dahulu...ada tu,adik sendiri bersekedudukan dgn teman lelaki tp dok ckp psl agama...kakak sendiri kaki club masih lg kritik ttg hidup org lain...haish!

berbalik ttg cerita perkahwinan.brg hantaran pon,sape suruh beli mahal2...nk yg ada brand je...sape suruh??tp ikut citarasa masing2 la kan....duit dorg,ape pasal perlu kita sibuk2...ada bos aku tu,kawin semua jenama avon..relax jer..bos plak tu....ade ke org nak mengata??haish!sp yg dok mengata tu,hati die mmg berpenyakit...klu dok pakai jenama mahal pon,dok sibuk,pakai jenama biasa2 pon dok sibuk...kesian sungguh aku dgn org mcm ni.....klu anda yg x mampu,ckp sahaja....tolong la jgn dok sibuk ckp itu ini...haish!x semestinya majlis besar rumah tangga jd tonggang terbalik..dan x semestinya majlis biasa rumah tangga jd bahagia..mmg klu kita lihat realitinya,selalu jd mcm tu.tp itu adalah takdir Allah utk dia...mungkin niat dlm hati nak buat besar2 sb nak menunjuk la...so,niat dah pesong,mungkin sb itu rumah tangga jd terpesong..nau'zubillah....

fahamilah kwn2,perkahwinan ini bkn lah utk ditunjuk2..tp dirasai keberkatannya....ingat pesan sy,jgn anda jd busy body sibuk nak berckp ttg majlis perkahwinan dan keadaan rumah tangga org lain..jalani dahulu baru boleh berkata..jgn terlalu negatif....yg utama sekali,dlm rumah tangga,solat jgn tggl..klu bole,solat berjemaah bersama suami...insyaallah rumah tangga anda akan diberkati...didikan ketua keluarga jg amat penting....ok...

pada sesiapa yg ingin mendirikan rumah tangga,sy doakan anda diberkati oleh Allah swt...