Followers

My Life

Monday, January 31, 2011

awan 'menangis'....

Assalammualaikum...

hurm.. dh 2 hari hujan turun tanpa memperlihatkan lansung matahari.... semalam dalam kelas pun sejuk sgt..pastu mula la perut berkeroncong.lepas abis kelas, apa lagi, belasah g makan kat cafe dgn kwn2 semua...huhuhu
hari ni pon mmg sejuk sgt2 ..rasa mcm x nak bgn tido je..hehehe. pagi2 pegi opis menggigil2.dah la bdn aku ni tulang aje..hehehhe.minggu lepas mmg panas sgt. hujan turun pun sekejap2 jer...alhamdulillah hujan yg turun ini membuatkan keadaan sejuk. 

tp sgt simpati pada mangsa2 banjir semua tu...bila tgk berita dan baca paper, semua cerita psl banjir. 
harap mereka tabah menghadapi ujian Allah ini...Alhamdulillah kat sini x banjir...

dalam kita dilimpahkan hujan rahmat ini,rasanya elok lah klu kita perbanyakkan ibadah.Inyaallah doakan kita akan termakbul...

Friday, January 28, 2011

kurang kasih sayang??


salam...

hari ni aku nak ulas skit kat blog aku ni ttg satu perkara...aku agak pelik bila memikirkan apabila org bercakap, "sekarang zaman moden.bkn zaman dulu.jd jgn kolot sgt". aku setuju dgn kata2 itu...tp bkn dgn alasan itu, seorg perempuan tidak perlu menjaga kehormatannya, dan dgn sesuka hati meniduri lelaki yg bkn bergelar suami.maksud aku, bila bercinta harus menjual 'dara' kepada boyfriend yg belum tentu akan jd suami.

mmg begini kah cerita seorg perempuan zaman sekarang?memberi kehormatan diri dgn "free" kerana ingin menunjukan kepada bf anda bahawa, anda sgt menyayangi mereka dan sanggup buat apa saja utk bf anda??
ada tu aku dgr cerita, bkn seorg saja seorg perempuan ini meniduri lelaki tetapi dah byk lelaki.wah..sungguh menakjubkan! sgt murah harga diri perempuan itu... tidak kah kalian berfikir, kehormatan diri itu harus dijaga dan hanya lelaki bergelar suami sahaja yg patut anda beri kehormatan itu??aku terfikir, bagaimana anda berkahwin dan di malam pertama anda, anda tiada lagi dara?? aku bkn perempuan kolot.ttp aku diasuh oleh keluarga aku bahawa, seorg perempuan yg baik tidak akan sesekali menjual harga diri pada lelaki yg bkn bergelar suami. kata2 itu aku simpan dlm fikiran aku supaya tidak menjadi salah seorg perempuan yg tiada maruah diri.

ulasan aku ini bkn lah utk menunjuk bahawa aku adalah perempuan baik. dulu aku seorg yg free hair, pegi clubbing.tp aku x pernah sentuh air arak ok!!aku mmg bercampur dgn ramai org. dan dari situ aku kenal dunia ini. kenapa aku pegi club? sb aku suka menari. dan itu sahaja.aku menari pun bkn dgn lelaki. dgn kwn2 perempuan aku.saja nk hepi2.aku tau, jejak tempat itu pun satu dosa. tp aku tau jg kehormatan diri aku lg. aku tau apa yg aku buat. ada benda yg aku harus jauhi. iaitu aku tidak akan  tidur dgn lelaki bkn bergelar suami. bukankah 'dara' itu sgt penting buat seorg wanita? biarlah kita bodoh dan tidak kaya sekali pon.ttp tidak dgn cara menjual harga diri pd lelaki yg belom bergelar suami. 

kebanyakkan student2 IPT yg selalu jd perempuan murah. pegi belajar, ttp dlm waktu yg sama membuat maksiat. aku x nafikan, kebanyakkan jenis2 perempuan murah itu tergolong dlm student yg pandai.. yer la. klu x pandai, x kan masuk universiti kot.. aku terfikir, kenapa jd begitu? aku ada dgr ceramah dr Dr fazilah kamsah. terjadinya golongan begini, adalah kerana mereka kurang kasih sayang.kurang nya dari keluarga..keluarga yg kurang memneri perhatian pd mereka. aku cuba memikirkan,apa maksud nya. kalau kita meniduri lelaki sblm kawin, kasih syg tu byk ke..?? oooh....dh kawin ni baru aku mengerti..apa maksud semua itu... ttp bg aku, itu bkn caranya. kasih syg dr Allah lagi bermakna kan....

satu lagi. aku dgr ceramah dr ustaz kat tv. ada salah satu penonton tanya. "apa hukum melakukan maksiat sambil bertudung?" dan ustaz tu jwb 
"Dari sudut hukum pula, hal wanita bertudung yang melakukan maksiat, dosanya sudah tentu lebih hebat dari wanita lain. Namun INI TIDAK SAMA SEKALI BERMAKNA WANITA ITU LEBIH BAIK MELAKUKAN MAKSIAT DENGAN MEMBUKA TUDUNG, KERANA MEMBUKA TUDUNG ITU SENDIRI ADALAH SATU DOSA BESAR YANG BERASINGAN DENGAN MAKSIAT YANG DILAKUKANNYA...
erm, tp kebanyakkan nyer perempuan yg bertudung ni lagi hebat membuat maksiat. berdasarkan apa yg ditunjukkan dlm tv la... yg x pakai tudung tu mmg byk la kan.tp yg pakai tudung ni,aku mmg x fhm....pakai tudung tu utk ape??menutup aurat, ttp membuat maksiat. bukankah hipokrit namanya tu???haish!

hurm...kesimpulannya, mmg sgt murah klu anda tiada dara semasa anda kawin. sgt memalukan.memalukan kaum perempuan sahaja.syukur aku boleh menjaga kehormatan diri aku sehingga aku berkahwin..
aku cuma sgt risau kan dgn anak2 buah aku yg masih belajar di universiti tu..sorg di uitm melaka.sorg di utm johor..tp aku percaya dgn didikan kakak2 aku tu, insyaallah mereka tidak menjadi golongan yg sebegitu..amin...

Wednesday, January 26, 2011

mau pegi mana eh!

assalammualaikum.

petang2 cm gini, best jgk update blog. hari ni dpt blk keje awl. dpt time off... so, leh la relax2 kat umah..huhuhu
sambil2 tu kepala otak asyik memikirkan cuti pjg raya cina ni nak ke mane eh...
bosan la klu dok umah je kan.. poket pon dh penuh ni. xkan la dok umah je kot!hehhehee

kat opis td, dok membelek info klik epf dr pagi. ingat nk sewa kondo o rumah penginapan yg disediakan oleh pengurusan. tp xtau la nk ke mane....setiap thn mmg akan plan g mane2. slalu nyer g naik genting. lepak tempat sejuk. aku ni x suke lepak pantai. panas. dan x suka air laut. hhuhuhu

erm, nak ke cameron ke, fraser hill ke, or PD??
cameron dah 3 kali g.. pon ok jgk klu g.. lepak la 2 o 3 hari kat sana ke...
klu fraser hill kira dh 2 kali lah aku g... dulu g ngn kwn2... la ni g ngn hubby plak.. honeymoon lagi.ahaks!
klu pD dh boring la... slalu sgt pegi. 2009 dulu pon lepak kat apartment epf kat pD ngn kengkwn semua. 3 hari 2 mlm. masa tu mmg best la.. ada wat BBQ. pastu jln2 g melaka.. enjoy sgt! 

actually, kat sabah n sarawak pon ade jgk rumah penginapan utk staff.. tp mcm dah lambat sgt nk book tiket flight kot. yer la. nak g next week je.. x dpt la nk nolongnyer..huhuhuhu

sbnrnyer byk lagi rumah penginapan epf ni. langkawi, penang,sabah ,sarawak dll la... aku pon dh lupe. huuuuhuhu.so skg ni, ada 2 je pilihan.antara cameron o fraser hill...tggu hubby blk la. baru leh discuss. dia x kesah pon. dia kate mane2 pon bole, asalkan aku hepi. yeay!! ;D

Sunday, January 23, 2011

semakin ramai.semakin bagus!

Assalammualaikum.

wah.. sgt gumbira hati ini. kerana ada seseorg yg baru masuk ke dlm family aku. makin besar lah family aku ni. hehhehe. syukur Alhamdulillah.. 
cucu baru dah lahir! yg ni adalah cucu aku yg ke-4 tau! baby boy.. cucu yg nombor 5 on the way.. hehehhe. 


iman

sgt comey kan?! sihat plak tu.. iman ni anak buah aku punyer anak..anak buah yg keberapa pon aku x ingat.ahaks! yg aku tau ,anak abg aku yg nombor 2... cucu yg pertama aku, dh umur 7 thn. 


nurin. cucu first.
jasmin.cucu ke-2
adam muaz.cucu ke-3
nurin,jasmin n adam muaz ni, ibu bapa nya adalah org yg sama...
sonok kan! aku adalah nenek paling muda tau. semua cucu2 aku ni panggil aku, nek su.. muda2 dh ada cucu.hihihi
makin ramai, makin bagus. time raya nnti, meriah lah umah mak aku dgn adanya cucu n cicit2 dia. hehehhe. pastu aku pon kopak. kena byk la bg duit raya.. hahhaha.
insyaallah cucu yg ke-5, akan dilahirkan bulan 4 ini...  ;)

Saturday, January 22, 2011

serangan demam.ouch!

assalammualaikum.
huh.lama x update blog ni. maklumlah. kehidupan busy telah pon bermula. class dh start. haishh.
hurm, agak blur2 skit. sb baru saje dpt serangan demam panas. huhuhu. semua ni gara2 penyakit yg mencari sendiri. dh dua hari demam. nasib baik demam dh kebah. batuk ajer yg tinggal ni... 
ape benda yg menjadi punca aku demam ni eh... rupa2nya, lately kuat minum ais blended. haish. tiap2 minggu dok minum ais blended. mcm mane la x demam. huhuhu. klu g mid valley tu, kedai yg aku serang dulu, san fransicco coffee la. nk membedal ais blended coklat tu. mmg aku giler kat benda ni. x leh nk wat ape la...
ni dah demam, benti kejap. klu g pasar mlm pun, mmg ais blended la yg aku cari dulu huhuhu. la ni, mmg kena stop dulu. td g pasar mlm pun, meliur je aku dok tgk ais blended tu,.. hurm.. x ape.. thn skit..hehhehe.
tggu betul2 sihat baru leh minum. hahhaa. x padan betul dgn pregnant aku ni kan!

sedapnyer!
pastu lately ni jgk, asyik mkn aiskrim jer... ha! padan ngn muka. mkn makanan yg membawa penyakit. kan dah kena kat bdn sendiri. huhuhu, aiskrim drumstick coklat tu la. blk keje je, mesti belasah. aku ni bkn lah seorg penggemar aiskrim sgt pon. cuma klu nk mkn, aku mkn je la. entah rsnye mcm mengidam kot. hahhaa. nasib baik x mengidam benda yg pelik2 kan.. huhuhu. 
 
penyebab sakit gigi.hahha






walaumcm mane pon, nk tggu betul2 baik, pastu aku nk belasah ais blended! hahahha. 
nasib baik ada hubby, yg menjaga aku sepenuh jiwa nya sewaktu aku demam teruk. bestkan, klu sakit ada org jaga, hehhehe. time2 demam ni la nk bermanja lebih. hihihihi.
skg ni, dia pulak demam..berjangkit dgn aku.. sian dia.. x ape.. giliran aku pulak menjaga dia... hhihii (;

Tuesday, January 11, 2011

Fatamorgana

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah


masa drive td kuar lagu ni kat radio..tiba2 tersentuh sgt hati.. pastu mcm rs byk sgt dosa .. tiba2 teringat mati... Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba Mu yg lemah.... 

Monday, January 10, 2011

Kecewa sgt!

Assalammualaikum..

hari ni nk komen skit psl AJL mlm td... aku sgt kecewa sb faizal tahir x  dpt nmbr 1,2 o 3.. hurm... lagu hanyut tu! lagu tu dh la best giler... frust sgt..  ape leh buat... x de rezeki dia kan... nasib baik dpt persembahan terbaik. 
kalau x, wat penat je dia dok menyelam. huhuhhu. tp dia klu perform, mmg giler la... suara dia tu, mmg wat bulu roma aku tegak. wlupun, ms dia nyanyi lagu hanyut tu, ada lari skit pitching tu.. huhuhu.. anyway, tahniah faizal tahir. kerana mmbuat persembahan yg org akan ingat sampai bila2.. (:


Saturday, January 8, 2011

Jom Poco-Poco!

Assalammualaikum..

hehhehe.mlm ni tiba2 teringat kisah pertandingan poco-poco antara jabatan kat opis aku pd thn 2009. dok tgk album gambar dlm lappy aku ni, terus je teringat kenangan tu. masa thn 2009 ni, mmg poco2 adalah aktiviti yg agak terkenal la kat malaysia ni. Jd management buatlah pertandingan poco2 antara jabatan ni...huhu group kami adalah paling simple sekali. kami wat poco2 versi MJ. masa tu x silap, MJ baru meninggal dunia. jadi pakaian black n white menjadi tema kami. dan lagu MJ menjadi pilihan tambahan utk group kami.

black and white


masa mula2 masuk dlm bilik persalinan tu, agak mengelabah gak la jiwa ni. sebab, tgk group lain, mmg gila2 lah dress dorg. siap ada make up artis lg tu... kitaorg make up sendiri jer... huhuhu..
pastu yg dress gila2 tu, bila perform, hurm... hancus.. ingatkan gempak la kan... so, moral of the story, dun jugde a book by its cover. kitaorg yg simple ni, bila naik pentas, mmg juri n penonton agak excited jgk la...
tp sbnarnya ada lg yg best2 dr group kitaorg.. sb tu kitorg hnya dpt tempat ke-4... hehhehe. its ok.. that juz a number. yg penting kami buat yg terbaik. (:

fizi membuat aksi MJ


 gambar kat ats ni, time ending. fizi buat aksi MJ. tp x berapa nk jd. sb nmpak mcm silat plak. huhuuhu. tp credit to him la.. sp lg yg berani buat aksi MJ ni. xkan aku kot. aku kan pompuan.. hehhee


aku diapit 2 lelaki.
after perform

tp mmg kenangan yg manis la... actually, epf mmg tiap2 thn anjurkan pertandingan2 mcm ni... dan tiap2 itu lah, ada je muka aku ni. thn ni, pertandingan mencari penyanyi rock. tp aku x leh nk masuk.. tgh preggy kan.. klu x mmg aku dh perform, pakai band brader2 opis aku tu la.. nyanyi lagu ella ke. huhuhu. cuma thn ni yg aku dpt join, pertandingan nyanyian antara staff2 kat opis tu jer.. dpt la nmbr 2.. hehhe. nyanyi lagu ramlah ram. diam2 jatuh cinta. my peberet song tau! hope this year, dpt la aku join apa2. (:

Grassias kakak ku! (;

Assalammualaikum...

firstly, nk berterima kasih sgt2 pd akak ku yg sweet tu membelikan aku buku panduan utk ibu mengandung. 
buku dr Ustazah Siti Nor Bayah Mahamood. aku mmg minat giler dgn ustzah ni. selalu tiap2 mlm khamis tgk program semanis kurma kat tv9 tu. tp mmg buku tu bagus sgt dan byk memberi panduan pd sesiapa yg mengandung. apa yg kena buat, apa yg kena jauhi. huhuhu. Alhamdulillah, so far, byk gak yg aku belajar ttg adab2 ibu mengndung ni. hehhehehe

ini lah bukunya.


pastu tq jgk kat akak ku lg, kerana membeli sebuah cd zikir mnunajat dr Ustaz Amal. mmg best. i like!
akak aku kata, org mengandung, elok dgr benda2 mcm ni... tp mmg best zikir ni.. ala... yg dlm astro oasis tu.. program indahnya iman. program sebelum azan. kan ada bacaan zikir. ustaz ni la.. aku ada ckp kat akak aku yg aku suka dgr zikir2 tu, pastu dia p beli pulak.. time kacih akak ku.. 

zikir munajat dr ustaz amal

sbnarnya, akak aku ni jenis islamic skit.. dia la byk jgk ajar aku ttg agama ni.. bkn la aku ni jahil sgt. tp apa2 yg elok tu, dia mesti ckp. syukur sgt aku dpt akak yg mcm ni.... dulu time aku belum kawin, dia pon byk la nasihat aku mcm2.. jgn pakai baju seksi2.. dia x paksa aku pakai tudung, tp dia ada la nasihat skit. Alhamdulillah aku dikurniakan dan dibesarkan dlm keluarga yg ada agama, sedikit sebanyak dpt aku ingat ilmu akhirat ni. skg ni pun byk lagi nk kena belajar psl agama.. Insyaallah.. (;

Thursday, January 6, 2011

Mahmudah VS Mazmumah

Assalammualaikum...

Ada beza diantara 2 perkataan ini.

Mahmudah(pemaaf).

  1. Allah berfirman yg bermaksud : "jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan makruf, serta berpalinglah daripada orang2 yg bodoh.". (surah al-A'raf 7:199). lihatlah teladan pembukaan kota Makkah(fathu Makkah) yg amat msyhur dalam sirah. Rasulullah S.A.W dgn ringan hati memaafkan penduduk Makkah yg pernah menentang Baginda dgn begitu hebat.
  2. Allah juga berfirman yg bermaksud : "perkataan yg baik dan pemberian maaf lebih baik drpd sedekah yg diiringi dgn sesuatu yg menyakitkan(perasaan si penerima).Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun." (Surah Al-Bqarah 2:263),
  3. Ingin menjadi mulia? Amalkan memberi maaf sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud : "tidak akan berkurang sedekah akan harta, tidak akan tawaduk seseorang hamba dgn sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." (riwayat Muslim no.2588)
"memohon maaf tidak sepatutnya bermusim, malah ia perlu menjadi tradisi  harian seorg Muslim. 
taburkan maafmu pada setia malam saat sebelum mata terlelap buat siapa jua walaupun mereka tidak pernah memohon maad padamu."


Mazmumah(pendendam)

Dendam biasanya berpunca dprd kemarahan dan kekecewaan . dendam lazimnya berkait dgn masa silam yg menyebabkan manusia tega mencipta kebinasaan buat saudaranya atau menghalang saudaranya drpd beroleh kebaikan. inilah perasaan atau keinginan utk membalas perbuatan jahat seseorg.
bunuhlah dendam yg bersarang dlm jiwa dgn langkah2 berikut : 

  1. sucikan hati dgn solat taubat dan istighfar.
  2. maafkan semua org sebelum tido.
  3. lupakan segala duka atau kisah silam yg menyebabkan dendam marak.
  4. bersahabat dgn org soleh. elakkan bersahabat dgn batu api yg tidak pernah kenal putus asa menyemarakkan sengketa sesama insan.
  5. setiap manusia tidak terlepas dr berbuat silap.
  6. percayalah jika kita dianiaya dan tidak mendapat pembelaan di dunia, maka haraplah pembalasan allah di akhirat sana yg lebih adil tanpa perlu berdendam kpd sesiapa.
akhir kata , ingatlah bahawa memaafkan ialah dendam yg terindah. dan jadilah ibarat pohon epal yg tetap menjatuhkan buahnya yg manis walaupun dilemparkan batu.

* sememangnya susah utk kita memaafkan sesiapa yg menyakiti kita. kerana kita adalah manusia dan bkn mudah utk mencadi pohon epal tersebut. sepanjang hidup aku, hanya sekali sahaja ditemukan oleh insan yg ada penyakit hati. kerana tdk boleh melihat kelebihan dan kebahagiaan aku. aku tdk pernah bermusuhan dgn org. hanya sekali sahaja seumur hidup aku itu. ttp dgn ditemukan  dgn org sebegitu, mmbuat aku lg kuat. moga2 aku dijauhkan dr sifat mazmumah ini. Insyaallah..

Sunday, January 2, 2011

Jual Dara dgn harga RM47 463???

Assalammualaikum..

                                                            Alina Percea
topik kali nk cerita ttg seorg perempuan remaja dari Jerman bernama Alina Percea yg bakal menerima sejumlah 10 000 eura(rm 47463) drpd seorg pemenang misteri yg membida DARAnya  di internet.wah! gila betul mat saleh ni.. aku dpt sumber ni dr email yg aku baca kat opis.

minah mat saleh ni menjual daranya kerana gagal mendapat sebarang pekerjaan.huh! sgt cetek pemikirannya kan... Nauzubillah... dia dpt ilham nak melelong dara tu, dari seorg wanita,bernama Natalie Dylan dari San Diego, Amerika Syarikat. Dia ni jual daranya berjumlah rm13juta. huh! lg giler.

Alina ni akan menjual daranya dgn bermalam bersama lelaki yg menang itu di sebuah hotel dlm tempoh beberapa minggu lagi.

aku cuma terkedu bila baca email ni.. takut2 kang, anak melayu kita plak buat mcm tu... 
tp aku x hairan pun. sb aku rs perempuan zaman kini, bkn melelong daranya , tetapi memberi secara FREE kpd lelaki yg bergelar teman lelaki. betul x??? belum kawin lg dah abis dh dara...
yg bestnya, setiap kali bercinta, mesti harus "tidur" bersama teman lelaki.haish! klu bercinta umur 17 thn, dan 5 kali bercinta?? Nauzubillah... jauhkan lah dr keluarga ku Ya Allah...

perkara2 mcm ni terjadi apabila kurangnya didikan agama oleh ibu dan bapa.. kurang dpt perhatian dr keluarga. oleh sebab itu byk perempuan mencari kasih sygnya di luar iaitu teman lelaki mereka. nak salahkan siapa dlm hal ini?? bkn aku ingin mengkritik sesuatu yg kononnya menunjukkan aku ni baik, tetapi ini hakikat yg perlu semua sedar. adalah penting bg seorg perempuan menjaga harga diri sehingga mereka mendirikan rumah tangga. berzina itu adalah perkara yg dimurkai Allah.

"Ya Allah. peliharalah keluarga ku dari perkara yg mungkar dan dibenci oleh Mu.. Amin..."

Saturday, January 1, 2011

Welcome 2011! Goodbye 2010!

Assalammualaikum...


Hepi new year! seronok td tgk bunga api ngn hubby. ngndong2 ni pon bole lg keluar mlm2 ni. haish!;p
bila dh masuk thn baru, semua mesti tanya apa azam thn 2011 ni kan??? 
kalau ditanya azam, mcm2 org bole sebut. cuma berjaya mencapainya atau tidak lah.

aku nk menggantikan perkataan azam tu dgn "hijrah". apa yg aku harapkan utk 2011 ini, agar aku ditambahkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah s.w.t. itu yg penting. 

tp aku ada target yg ingin dicapai pd thn 2011 ni... insyaallah aku nk beli rumah. kereta dah ada. so, skg tggl rumah je aku n hubby nk beli.. insyaalah.. tgh survey2 la ni... itu lah keinginan aku yg pertama sekali. duit tu dah ada, cuma nk mencari rumah yg betul2 sesuai jer skg ni... huhuhu
target yg kedua adalah, ingin mengkhatamkan bacaan Al-Quran utk kali ke 8 bg umur aku 25 thn ini...insyaallah.. ;)

apa nk dikatakan lagi, hanya berharap, thn baru ini, ditambahkan keberkatan , kesihatan yg baik, dimudahkan perjalanan hidup , rezeki bertambah2 dan mendapat zuriat yg soleh... Insyaallah...
nak naik pangkat, kena tggu habis study dulu. ngeeee ;p

"welcome 2011 and may the year 2011 bring for you Happiness, Success and filled with peace. hope and togetherness of your family and friends... happy new chapter of the year..left the greatest and horror of 2010 behind and say hello for new happiness and sadness of 2011"