Followers

My Life

Showing posts with label muasabah diri. Show all posts
Showing posts with label muasabah diri. Show all posts

Friday, January 28, 2011

kurang kasih sayang??


salam...

hari ni aku nak ulas skit kat blog aku ni ttg satu perkara...aku agak pelik bila memikirkan apabila org bercakap, "sekarang zaman moden.bkn zaman dulu.jd jgn kolot sgt". aku setuju dgn kata2 itu...tp bkn dgn alasan itu, seorg perempuan tidak perlu menjaga kehormatannya, dan dgn sesuka hati meniduri lelaki yg bkn bergelar suami.maksud aku, bila bercinta harus menjual 'dara' kepada boyfriend yg belum tentu akan jd suami.

mmg begini kah cerita seorg perempuan zaman sekarang?memberi kehormatan diri dgn "free" kerana ingin menunjukan kepada bf anda bahawa, anda sgt menyayangi mereka dan sanggup buat apa saja utk bf anda??
ada tu aku dgr cerita, bkn seorg saja seorg perempuan ini meniduri lelaki tetapi dah byk lelaki.wah..sungguh menakjubkan! sgt murah harga diri perempuan itu... tidak kah kalian berfikir, kehormatan diri itu harus dijaga dan hanya lelaki bergelar suami sahaja yg patut anda beri kehormatan itu??aku terfikir, bagaimana anda berkahwin dan di malam pertama anda, anda tiada lagi dara?? aku bkn perempuan kolot.ttp aku diasuh oleh keluarga aku bahawa, seorg perempuan yg baik tidak akan sesekali menjual harga diri pada lelaki yg bkn bergelar suami. kata2 itu aku simpan dlm fikiran aku supaya tidak menjadi salah seorg perempuan yg tiada maruah diri.

ulasan aku ini bkn lah utk menunjuk bahawa aku adalah perempuan baik. dulu aku seorg yg free hair, pegi clubbing.tp aku x pernah sentuh air arak ok!!aku mmg bercampur dgn ramai org. dan dari situ aku kenal dunia ini. kenapa aku pegi club? sb aku suka menari. dan itu sahaja.aku menari pun bkn dgn lelaki. dgn kwn2 perempuan aku.saja nk hepi2.aku tau, jejak tempat itu pun satu dosa. tp aku tau jg kehormatan diri aku lg. aku tau apa yg aku buat. ada benda yg aku harus jauhi. iaitu aku tidak akan  tidur dgn lelaki bkn bergelar suami. bukankah 'dara' itu sgt penting buat seorg wanita? biarlah kita bodoh dan tidak kaya sekali pon.ttp tidak dgn cara menjual harga diri pd lelaki yg belom bergelar suami. 

kebanyakkan student2 IPT yg selalu jd perempuan murah. pegi belajar, ttp dlm waktu yg sama membuat maksiat. aku x nafikan, kebanyakkan jenis2 perempuan murah itu tergolong dlm student yg pandai.. yer la. klu x pandai, x kan masuk universiti kot.. aku terfikir, kenapa jd begitu? aku ada dgr ceramah dr Dr fazilah kamsah. terjadinya golongan begini, adalah kerana mereka kurang kasih sayang.kurang nya dari keluarga..keluarga yg kurang memneri perhatian pd mereka. aku cuba memikirkan,apa maksud nya. kalau kita meniduri lelaki sblm kawin, kasih syg tu byk ke..?? oooh....dh kawin ni baru aku mengerti..apa maksud semua itu... ttp bg aku, itu bkn caranya. kasih syg dr Allah lagi bermakna kan....

satu lagi. aku dgr ceramah dr ustaz kat tv. ada salah satu penonton tanya. "apa hukum melakukan maksiat sambil bertudung?" dan ustaz tu jwb 
"Dari sudut hukum pula, hal wanita bertudung yang melakukan maksiat, dosanya sudah tentu lebih hebat dari wanita lain. Namun INI TIDAK SAMA SEKALI BERMAKNA WANITA ITU LEBIH BAIK MELAKUKAN MAKSIAT DENGAN MEMBUKA TUDUNG, KERANA MEMBUKA TUDUNG ITU SENDIRI ADALAH SATU DOSA BESAR YANG BERASINGAN DENGAN MAKSIAT YANG DILAKUKANNYA...
erm, tp kebanyakkan nyer perempuan yg bertudung ni lagi hebat membuat maksiat. berdasarkan apa yg ditunjukkan dlm tv la... yg x pakai tudung tu mmg byk la kan.tp yg pakai tudung ni,aku mmg x fhm....pakai tudung tu utk ape??menutup aurat, ttp membuat maksiat. bukankah hipokrit namanya tu???haish!

hurm...kesimpulannya, mmg sgt murah klu anda tiada dara semasa anda kawin. sgt memalukan.memalukan kaum perempuan sahaja.syukur aku boleh menjaga kehormatan diri aku sehingga aku berkahwin..
aku cuma sgt risau kan dgn anak2 buah aku yg masih belajar di universiti tu..sorg di uitm melaka.sorg di utm johor..tp aku percaya dgn didikan kakak2 aku tu, insyaallah mereka tidak menjadi golongan yg sebegitu..amin...

Tuesday, January 11, 2011

Fatamorgana

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah


masa drive td kuar lagu ni kat radio..tiba2 tersentuh sgt hati.. pastu mcm rs byk sgt dosa .. tiba2 teringat mati... Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba Mu yg lemah.... 

Thursday, January 6, 2011

Mahmudah VS Mazmumah

Assalammualaikum...

Ada beza diantara 2 perkataan ini.

Mahmudah(pemaaf).

  1. Allah berfirman yg bermaksud : "jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan makruf, serta berpalinglah daripada orang2 yg bodoh.". (surah al-A'raf 7:199). lihatlah teladan pembukaan kota Makkah(fathu Makkah) yg amat msyhur dalam sirah. Rasulullah S.A.W dgn ringan hati memaafkan penduduk Makkah yg pernah menentang Baginda dgn begitu hebat.
  2. Allah juga berfirman yg bermaksud : "perkataan yg baik dan pemberian maaf lebih baik drpd sedekah yg diiringi dgn sesuatu yg menyakitkan(perasaan si penerima).Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun." (Surah Al-Bqarah 2:263),
  3. Ingin menjadi mulia? Amalkan memberi maaf sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud : "tidak akan berkurang sedekah akan harta, tidak akan tawaduk seseorang hamba dgn sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." (riwayat Muslim no.2588)
"memohon maaf tidak sepatutnya bermusim, malah ia perlu menjadi tradisi  harian seorg Muslim. 
taburkan maafmu pada setia malam saat sebelum mata terlelap buat siapa jua walaupun mereka tidak pernah memohon maad padamu."


Mazmumah(pendendam)

Dendam biasanya berpunca dprd kemarahan dan kekecewaan . dendam lazimnya berkait dgn masa silam yg menyebabkan manusia tega mencipta kebinasaan buat saudaranya atau menghalang saudaranya drpd beroleh kebaikan. inilah perasaan atau keinginan utk membalas perbuatan jahat seseorg.
bunuhlah dendam yg bersarang dlm jiwa dgn langkah2 berikut : 

  1. sucikan hati dgn solat taubat dan istighfar.
  2. maafkan semua org sebelum tido.
  3. lupakan segala duka atau kisah silam yg menyebabkan dendam marak.
  4. bersahabat dgn org soleh. elakkan bersahabat dgn batu api yg tidak pernah kenal putus asa menyemarakkan sengketa sesama insan.
  5. setiap manusia tidak terlepas dr berbuat silap.
  6. percayalah jika kita dianiaya dan tidak mendapat pembelaan di dunia, maka haraplah pembalasan allah di akhirat sana yg lebih adil tanpa perlu berdendam kpd sesiapa.
akhir kata , ingatlah bahawa memaafkan ialah dendam yg terindah. dan jadilah ibarat pohon epal yg tetap menjatuhkan buahnya yg manis walaupun dilemparkan batu.

* sememangnya susah utk kita memaafkan sesiapa yg menyakiti kita. kerana kita adalah manusia dan bkn mudah utk mencadi pohon epal tersebut. sepanjang hidup aku, hanya sekali sahaja ditemukan oleh insan yg ada penyakit hati. kerana tdk boleh melihat kelebihan dan kebahagiaan aku. aku tdk pernah bermusuhan dgn org. hanya sekali sahaja seumur hidup aku itu. ttp dgn ditemukan  dgn org sebegitu, mmbuat aku lg kuat. moga2 aku dijauhkan dr sifat mazmumah ini. Insyaallah..

Sunday, January 2, 2011

Jual Dara dgn harga RM47 463???

Assalammualaikum..

                                                            Alina Percea
topik kali nk cerita ttg seorg perempuan remaja dari Jerman bernama Alina Percea yg bakal menerima sejumlah 10 000 eura(rm 47463) drpd seorg pemenang misteri yg membida DARAnya  di internet.wah! gila betul mat saleh ni.. aku dpt sumber ni dr email yg aku baca kat opis.

minah mat saleh ni menjual daranya kerana gagal mendapat sebarang pekerjaan.huh! sgt cetek pemikirannya kan... Nauzubillah... dia dpt ilham nak melelong dara tu, dari seorg wanita,bernama Natalie Dylan dari San Diego, Amerika Syarikat. Dia ni jual daranya berjumlah rm13juta. huh! lg giler.

Alina ni akan menjual daranya dgn bermalam bersama lelaki yg menang itu di sebuah hotel dlm tempoh beberapa minggu lagi.

aku cuma terkedu bila baca email ni.. takut2 kang, anak melayu kita plak buat mcm tu... 
tp aku x hairan pun. sb aku rs perempuan zaman kini, bkn melelong daranya , tetapi memberi secara FREE kpd lelaki yg bergelar teman lelaki. betul x??? belum kawin lg dah abis dh dara...
yg bestnya, setiap kali bercinta, mesti harus "tidur" bersama teman lelaki.haish! klu bercinta umur 17 thn, dan 5 kali bercinta?? Nauzubillah... jauhkan lah dr keluarga ku Ya Allah...

perkara2 mcm ni terjadi apabila kurangnya didikan agama oleh ibu dan bapa.. kurang dpt perhatian dr keluarga. oleh sebab itu byk perempuan mencari kasih sygnya di luar iaitu teman lelaki mereka. nak salahkan siapa dlm hal ini?? bkn aku ingin mengkritik sesuatu yg kononnya menunjukkan aku ni baik, tetapi ini hakikat yg perlu semua sedar. adalah penting bg seorg perempuan menjaga harga diri sehingga mereka mendirikan rumah tangga. berzina itu adalah perkara yg dimurkai Allah.

"Ya Allah. peliharalah keluarga ku dari perkara yg mungkar dan dibenci oleh Mu.. Amin..."