Assalammualaikum...
Ada beza diantara 2 perkataan ini.
Mahmudah(pemaaf).
- Allah berfirman yg bermaksud : "jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan makruf, serta berpalinglah daripada orang2 yg bodoh.". (surah al-A'raf 7:199). lihatlah teladan pembukaan kota Makkah(fathu Makkah) yg amat msyhur dalam sirah. Rasulullah S.A.W dgn ringan hati memaafkan penduduk Makkah yg pernah menentang Baginda dgn begitu hebat.
- Allah juga berfirman yg bermaksud : "perkataan yg baik dan pemberian maaf lebih baik drpd sedekah yg diiringi dgn sesuatu yg menyakitkan(perasaan si penerima).Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun." (Surah Al-Bqarah 2:263),
- Ingin menjadi mulia? Amalkan memberi maaf sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yg bermaksud : "tidak akan berkurang sedekah akan harta, tidak akan tawaduk seseorang hamba dgn sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." (riwayat Muslim no.2588)
"memohon maaf tidak sepatutnya bermusim, malah ia perlu menjadi tradisi harian seorg Muslim.
taburkan maafmu pada setia malam saat sebelum mata terlelap buat siapa jua walaupun mereka tidak pernah memohon maad padamu."
Mazmumah(pendendam)
Dendam biasanya berpunca dprd kemarahan dan kekecewaan . dendam lazimnya berkait dgn masa silam yg menyebabkan manusia tega mencipta kebinasaan buat saudaranya atau menghalang saudaranya drpd beroleh kebaikan. inilah perasaan atau keinginan utk membalas perbuatan jahat seseorg.
bunuhlah dendam yg bersarang dlm jiwa dgn langkah2 berikut :
- sucikan hati dgn solat taubat dan istighfar.
- maafkan semua org sebelum tido.
- lupakan segala duka atau kisah silam yg menyebabkan dendam marak.
- bersahabat dgn org soleh. elakkan bersahabat dgn batu api yg tidak pernah kenal putus asa menyemarakkan sengketa sesama insan.
- setiap manusia tidak terlepas dr berbuat silap.
- percayalah jika kita dianiaya dan tidak mendapat pembelaan di dunia, maka haraplah pembalasan allah di akhirat sana yg lebih adil tanpa perlu berdendam kpd sesiapa.
akhir kata , ingatlah bahawa memaafkan ialah dendam yg terindah. dan jadilah ibarat pohon epal yg tetap menjatuhkan buahnya yg manis walaupun dilemparkan batu.
* sememangnya susah utk kita memaafkan sesiapa yg menyakiti kita. kerana kita adalah manusia dan bkn mudah utk mencadi pohon epal tersebut. sepanjang hidup aku, hanya sekali sahaja ditemukan oleh insan yg ada penyakit hati. kerana tdk boleh melihat kelebihan dan kebahagiaan aku. aku tdk pernah bermusuhan dgn org. hanya sekali sahaja seumur hidup aku itu. ttp dgn ditemukan dgn org sebegitu, mmbuat aku lg kuat. moga2 aku dijauhkan dr sifat mazmumah ini. Insyaallah..
* sememangnya susah utk kita memaafkan sesiapa yg menyakiti kita. kerana kita adalah manusia dan bkn mudah utk mencadi pohon epal tersebut. sepanjang hidup aku, hanya sekali sahaja ditemukan oleh insan yg ada penyakit hati. kerana tdk boleh melihat kelebihan dan kebahagiaan aku. aku tdk pernah bermusuhan dgn org. hanya sekali sahaja seumur hidup aku itu. ttp dgn ditemukan dgn org sebegitu, mmbuat aku lg kuat. moga2 aku dijauhkan dr sifat mazmumah ini. Insyaallah..