PENJELASAN UGAMA OLEH USTAZ ZAHAZAN
YANG DI SIARKAN DALAM AKHBAR BERITA MINGGU PADA 22 MEI 2011.
EMPAT PUNCA HIDUP TAK TENANG
ADA EMPAT PERKARA MEMBUAT HIDUP MENJADI SUKAR DAN TERTEKAN.
EMPAT PERKARA ITU ADALAH:-
- PERTAMA : BERSUNGUT DAN TIDAK MENERIMA QHADA’ DAN QHADA
Amalkan bacaan doa seperti di ajar Rasulullah S.A.W iaitu :
Bismillahi ‘ala nafsi wamali wadini.Allahumma raddhini biqodho ika wabarikli fima quddiroli hatta la uhibba ta’jila ma akkhartawa la takkhira ma ‘ajjalta
(Maksud nya ; Dengan nama Allah atas diri ku, hartaku, dan agamaku. Ya Allah, jadikan lah aku ini rela
dengan apa – apa yang Engkau tentukan dan berikanlah berkat untukku dalam segala yang sudah ditakdirkan
kepada ku sehingga aku tidak menginginkan cepatnya sesuatu yang Tuhan perlambatkan
atau perlambatkan sesuatu yang Tuhan percepatkan)
- KEDUA : BERBUAT DOSA DAN TIDAK DISERTAI DENGAN TAUBAT
Allah S.W.T berfirman dalam surah Ali Imran ayat 135 yang bermaksud ; ‘ Dan juga yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibat nya)’
- KETIGA : IRI HATI SESAMA MANUSIA, MUNCUL PERASAAN SENANG UNTUK MEMBALAS DENDAM KEPADA MEREKA, DENGKI ATAS ANUGERAH YANG ALLAH BERIKAN KEPADA MEREKA
Allah S.W.T berfirman dalam surah An Nisa ‘ ayat 54 yang bermaksud : ‘ Ataukah mereka dengki pada manusia lantaran kurnia yang sudah Allah berikan kepadanya ‘. Dalam hadis riwayat Abu Daud, daripada Hurairah r.a. bahawasanya
Rasulullah bersabda : Jauhilah oleh mu sekalian sifat dengki itu, kerana sesungguhnya dengki itu dapat menghabiskan amal kebaikan sebagai mana api itu dapat menghabiskan kayu api.’
- KEEMPAT : BERPALING DARIPADA MENGINGATI ALLAH
Allah S.W.T berfirman dalam surah Taha ayat 24 yang bermaksud : ‘ Sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk – Ku, maka sesungguh nya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam kedaan buta.
*DEMIKIAN EMPAT PERKARA DI SEBUT ‘AIDH BIN ABDULLAH AL QARNI DALAM KITAB BELIAU LA TAHZAN.
ELAKKAN DARIPADA MELAKUKAN KEEMPAT – EMPAT PERKARA ITU, INSYA ALLAH HIDUP AKAN TENANG.
No comments:
Post a Comment