"tapi kalau dah berzina tak kawin plak ngan pasangan yg dia berzina tuh.. ngan org lain.. so org lain tuh akan senang mempertikaikan kehrmatan die.. so benda2x mcm tuh leh sbb kan peceraian..boring also!.. sbb lame sgt bercinta"
sedang2 membaca status2 dan comment2 kwn2 dlm fb aku ni, tiba2 tertarik dgn satu statment dari adik fira ni...wah...Alhamdulillah wujud lg org yg pemikirannya mcm ni.bermakna dia tahu la hukum hakam agama ni.mmg banyak apa perempuan2 yg berzina dgn bf dia tanpa berkahwin dgn lelaki yg dia berzina tuh.dan setiap kali bercinta, berzina lagi dgn bf baru tu kan...oleh kerana dh biasa membuat perkara tu,jadinya,apa nak rasa lagi klu buat lagi dgn bf baru kan..kehormatan diri di buang begitu saja tanpa memikirkan masa depan.kononnya,kita ni mengikut adat orang barat pula yer..bertukar2 pasangan menjadi perkara biasa bagi org berugama islam kan...
sebab itu ada diantara org melayu dan islam kita ni ni,lebih suka berkawan dan berjiran dgn org bkn islam.kerana bagi mereka,org melayu kita ni,sgt busy body.al maklumlah,org bkn islam,mana nk tegur klu bab2 buat dosa ni.kita org islam memang diharuskan menegur sesuatu yg dilarang jika ia berlaku di dpn mata kita kan...sebagai umat islam kita diharuskan utk menjadi busy body utk mengelakkan kemurkaan Allah s.w.t. x kan kita ingin menlihat sahaja perkara maksiat berlaku di dpn mata kita ni pula..
apabila kita tdk didedahkan dgn kehidupan yg berunsurkan agama islam,atau boleh dikatakan kurang didikan agama,akan berlakulah perkara2 yg x betul.ttp perkara tersebut dianggap tdk salah pun.di dlm rumah kita sendiri,jika ibu bapa kita selalu menunjukkan perbuatan yg baik,Insyaallah anak2 akan ikut.ttp jika sebaliknya,anak2 akan menjadi tak tentu hala.contohnya,jika ibu bapa kita solat dan mengaji di dpn kita,dgn secara x lansung,kita akan buat perkara yg sama..mmg lah iman itu tdk dpt diwarisi.bkn bermakna,bapa kita imam masjid,anak akan menjadi imam jg.ttp dr peringkat awl kita harus menunjukkan teladan yg baik pd anak2 kita..
apabila seorg bapa mengabaikan tanggungjwp nya sebagai seorg bapa,iaitu tdk mendidik anaknya ke jln yg betul dan hanya memejam mata juga membisukan mulut apabila melihat anaknya berpakaian mendedahkan aurat,bapa kita akan menanggung dosanya itu yg sgt berat.
aku teringat kehidupan aku waktu bujang dulu.kakak aku lah yg selalu menegur apabila apa yg aku buat salah dimata dia.contohnya,aku warna kan rambut.kakak aku punya lah bising menyuruh aku hitamkan blk.dia kata solat x sah nnti.yer la..aku ni agak jahil dulu2..tp Alhamdulillah aku ada kakak yg memberi aku tunjuk ajar dlm agama ni.xkan lah kakak aku nak tgk adik dia pakaian seksi.menambahkan dosa aje kan...ada jg kakak yg begitu kan..x kisah tgk adik dia pakai pakaian x cukup kain,tgk gambar adik sendiri berpeluk2kan dgn bf,minum arak, memakai tatu dan sebagainya.kononnya berfikiran terbuka.berfikiran terbuka ada tempatnya..mungkin dia jg begitu.Nauzubillah..jauhi dari keluarga ku Ya Allah....
jaga lah kehormatan diri seelok2nya..kerana ianya tuntutan agama kita...renung2kanlah...Wallahualam...
"diantara perbezaan insan dengan haiwan, selain insan punya fikiran ialah rasa malu. Malu itu sesuatu yang sangat berharga, ia adalah perhiasan di depan orang yang kita sayangi. Bahkan dalam islam, malu dan iman sering disinonimkan. Ertinya, untuk mencari semula rasa yang malu yang dulu, samalah seperti menyusur semula jalan iman. Jika kita temui iman, maka secara automatik akan ada rasa malu."
No comments:
Post a Comment