Followers

My Life

Monday, April 4, 2011

Perkongsian Ilmu....

Dalam suasana santai Tuan Hj bertanya latar belakang semua yang hadir termasuk sudah berkahwin atau belum, bilangan anak serta umur anak, kasih sayang suami-isteri dan juga keistimewaan yang kita miliki. Disamping itu apakah nama manja atau nama timangan yang digunakan atau dipanggil.

“ Kenapa saya menyuruh tuan dan puan memberi maklumat berkenaan ?“, tanya Hj.  kepada kami.Semua yang hadir telah memberi pandangan masing-masing.
“ Secara ringkasnya maklumat berkenaan membolehkan kita mengenal siapa diri kita sendiri.Dan secara ringkasnya bolehlah dibuat kesimpulan seperti berikut “, jelas lagi,

Pertama, kesemua tuan dan puan disini adalah  pemimpin. Pemimpin pada diri sendiri, pemimpin kepada anggota keluarga, sebagai ketua di pejabat, memegang jawatan pengerusi di dalam persatuan, menjadi ketua dalam masyarakat setempat atau kemungkinan juga menjadi ketua negara. Apabila kita telah mengenali diri kita sebagai seorang pemimpin tak kisah sama ada pemimpin diperingkat bawahan atau peringkat atasan, maka adalah menjadi tanggungjawab bagi kita untuk memimpin dan memberi tunjuk ajar kepada mereka yang kita pimpin.

Kedua, apabila kita ini seorang pemimpin meskipun di peringkat rumah tangga, maka kita sudah tentu mempunyai keistemewaan diri sendiri yang telah diberikan oleh Allah kepada kita sama ada sedikit atau pun banyak. Keistemewaan diri inilah merupakan satu anugerah / bakat yang ada kepada seseorang bagi tujuan untuk memimpin dalam peringkat komuniti yang besar atau pun kecil.

Ketiga, sama ada kita menjadi pemimpin pada diri sendiri atau masyarakat, kita perlu mempertingkatkan potensi diri sendiri ( improve ourselve ) dari masa kesemasa. Ini bertepatan dengan doa yang sering dibaca setiap hari selepas sembahyang “ ……Ya Allah , jadikan diri ini lebih baik dari hari semalam……...”.

Keempat pula, kesemua kita ini Allah jadikan tidak serupa dari semua aspek termasuk perbezaan dari fizikal, emosi, kekayaan, kemiskinan dan spiritual. Perbezaan ini tidak akan melunturkan kita untuk maju dan berusaha memperkasakan diri sendiri untuk mengaturkan kehidupan dengan lebih sempurna sama ada pada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga negara. Dengan wujudnya perbezaan ini akan menempatkan dimana status kita sebagai seorang insan ciptaan Allah.

Kelima, berhubung dengan mefokus kepada kekuatan yang ada pada diri kita sendiri. Dengan mengenali kekuatan dalaman diri sendiri, seseorang itu dapat mempertingkatkan kerjayanya serta melalui kelebihan dan “Skill” yang dimiliki boleh dijadikan “Tools” dalam meningkatkan daya saing sesama rakan sekerja. Seseorang yang dapat mengenal kekuatan yang ada pada dirinya serta menggunakan kekuatan ini secara optima, maka ianya akan berjaya dalam mencapai cita-cita.Disini lebih baik kita memberi keutamaan meningkatkan kekuatan yang ada pada diri kita terlebih dahulu untuk mencapai cita-cita dan selepas itu barulah kita sedikit demi sedikit memperbaiki kelemahan yang ada pula.

Ketujuh, ianya melibatkan sikap seperti kesabaran, bersyukur apa yang ada dan kemahiran  bagaimana kita dapat mengenali mereka yang berada disekeliling kita termasuk anak, suami,isteri rakan sekerja, ketua kita dan juga masyarakat disekeliling kita. Dengan bersikap positif, kesabaran yang tinggi serta mengenal mereka disekeliling kita secara mendalam, maka kita akan dapat mendekati serta memahami mereka dengan penuh kasih sayang sebagai sesama insan. Melalui sikap keterbukaan minda yang positif pula, kita akan bersyukur dengan apa yang kita miliki dan tidak merasa iri hati apa orang lain ada.
Berkaitan dengan apa yang dinyatakan di atas , secara tidak langsung kita akan dapat kemahiran mengenali perwatakan diri kita dan diri individu disekeliling kita seperti berikut:
a. Suka menerima hadiah
b Tidak suka menerima hadiah
c Memberi perkhidmatan
d Persamaan dalam tingkahlaku/perbuatan/pemikiran
e. Suka disentuh
f. Suka mendengar
g. Ketepatan masa
h. Menjaga keterampilan diri
“Sebagai akhir kata, Allah menjadikan kita (manusia ) sebaik-baik kejadian dan untuk menjadi khalifah di muka bumi serta mengabdikan diri kepada Allah. Yang baik dari Allah dan buruk itu datangnya pada diri kita sendiri”,ujar Hj. mengakhiri sesi perkongsian ilmu.